| Harakahdaily Fri | Oct 02, 09 | 11:17:38 am MYT | |
| SHAH ALAM, 2 Okt: Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM500,000 untuk misi kemanusia di Padang bagi membantu mangsa gempa bumi di sana. Bantuan ini akan disalorkan kepada mangsa melalui Yayasan Amal dan beberapa badan amal yang akan membawa bantuan itu bagi pihak kerajaan negeri. Sehingga kini, 770 mangsa telah disahkan meninggal dalam kejadian gempa bumi berskala 7.7 richter di Padang 30 September lepas kira-kira jam 6.30 petang. Jumlah korban dijangka akan mencecah ribuan apabila mangsa-mangsa yang terperangkap ditemui lagi. Gegaran turut dirasai di Malaysia termasuk di bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Semalam, Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan takziah dan simpati kepada keluarga yang terbabit dalam bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Kerajaan negeri amat terkejut dan terkilan dengan kematian dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi itu. Bagaimanapun kerajaan negeri berasa lega bahawa tiada kematian atau kecederaan di kalangan warga Malaysia di Padang, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibarhim. Semalam, kerajaan negeri menubuhkan satu misi kemanusiaan untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia dan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500,000. Misi khas tersebut akan menghantar ubat-ubatan, makanan, khemah dan keperluan lain ke Padang dalam masa tersingkat. "Kami berharap sumbangan yang serba sedikit itu dapat mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh jiran kita di Padang. Saya merakamkan sedalam-dalam takziah buat keluarga dan rakan-rakan kepada mangsa dalam bencana itu," kata Menteri Abdul Khalid dalam satu kenyataan media. Kumpulan kemanusiaan ini seperti Yayasan Amal dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan telah memaklumkan bahawa mereka akan membekalkan khemah dan kemudahan lain yang diperlukan oleh misi tersebut. Pertubuhan bukan kerajaan lain yang ingin menyertai misi kemanusiaan ke Padang boleh menghubungi pejabat exco kerajaan negeri YB Rodziah Ismail pada talian +603-55447623. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Oktober 02, 2009
Selangor peruntuk RM500,000 untuk mangsa gempa di Padang
Selangor peruntuk RM500,000 untuk mangsa gempa di Padang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI