| Ali Hashim Fri | Oct 02, 09 | 12:33:17 pm MYT | |
| BUKIT MERTAJAM 2 Okt: Pemimpin DAP disaran menyiasat dahulu kenyataan sebenar Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Yusmadi Yusof mengenai penggiliran ketua menteri sebelum membuat apa-apa kenyataan.
Ini kerana, Yusmadi telah menafikan bahawa beliau ada membuat kenyataan tersebut. Sebaliknya ia telah disalah lapor oleh pihak akhbar sehingga menimbulkan suasana kurang senang dalam isu tersebut. Demikian kata Ketua Angkatan Muda, Parti Keadilan Rakyat Batu Kawan, Ong Chin Wen. Beliau mengulas kenyataan pelbagai pihak yang mempertikaikan kenyataan yang dinafikan oleh Yusmadi sendiri. Yusmadi dilaporkan media mencadangkan agar jawatan ketua menteri Pulau Pinang digilirkan di kalangan pemimpin Pakatan. "Dalam konteks ini saya mencadangkan kepada mana-mana pihak supaya tidak memberi kenyataan secara spontan sebelum memastikan bahawa apa yang dinyatakan itu adalah benar. "Ini kerana isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang ia tidak pernah dinyatakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau tersebut. "Oleh kerana itu mana-mana pemimpin yang ingin membuat ulasan kepada akhbar haruslah mengetahui terlebih dahulu perkara sebenar sebelum komen dan ulasan dibuat," katanya yang juga Adun PKR Bukit Tengah. Ong mengulas kenyataan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab dakwaan dan kenyataan Yusmadi itu. "Saya juga yakin isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang ini ia tidak pernah timbul. Oleh kerana itu hubungan dalam Pakatan Rakyat harus dijaga agar ianya tidak menjadi satu isu yang boleh diambil kesempatan oleh parti lawan khususnya Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan datang," katanya. _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Oktober 02, 2009
Gilir ketua menteri: Dapatkan cerita sebenar sebelum ulas
Gilir ketua menteri: Dapatkan cerita sebenar sebelum ulas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI