As-Salamu 3alaikum!
Ambuyat nak ajak para pembaca REHAT-REHATKAN minda sedetik dua dari kekalutan politik tanah air khasnya Perak Darul-Ridzuan.
Nak cakap tentang ISLAM HADHARI
ISLAM HADHARI yang begitu sinonim dengan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi nampaknya telah lenyap dari sebutan bibir mereka yang kerjanya suka MENGAMPU dari JAKIM (maaflah-kalau kasar) bersama BERSARANYA PM ke-5 itu.
Syukurlah, dengan hilangnya ISLAM HADHARI dari telinga kita barulah terasa lega hati kita dengan ISLAM sebenar yang menjadi amalan hidup kita seharian. Tiada lagi kekeliruan dan keraguan tentang ISLAM yang SYUMUL. Maka selepas ini kalau ada lagi istilah baru dikahwinkan dengan kalimah ISLAM, kita bakal tidak akan tertipu lagi. Kerana kita telah pernah tertipu satu masa dahulu apabila ISLAM yang SYUMUL itu cuba DIHADHARIKAN yang menyebabkan kita yang belajar, berilmu dan beramal dengan ISLAM yang SYUMUL ini melenting apabila ISLAM cuba DIHADHARIKAN.
Marilah kita lupakan, kita kuburkan dan kita letakkan "Batu Nisan" di atas kubur ISLAM HADHARI yang telah meninggal dan ditinggalkan oleh mereka yang dahulunya mengagong-agongkannya. Jangan ada JENAMA baru pulak yang muncul ditempelkan ke atas kalimah Islam yang suci. Begitulah apabila kita gunakan Islam untuk tujuan politik, berbanding dengan berpolitik sesuai dengan tuntutan Islam.
Para ulamak pula janganlah terbawa-bawa dengan arus politik yang bertentangan dengan kehendak agama. Berbaktilah untuk agama dengan IKHLAS LILLAHI TA3ALA bukan berbakti kepada yang lain. Cukuplah sekali tuan-tuan ikut kehendak pihak-pihak tertentu dalam melabelkan Islam. Ucapkan bye-byelah kepada Islam Hadhari, Kolam Masjid Hadhari, Kampung Hadhari dan lain-lain lagi yang diberi gelaran hadhari sebelum ini.
Rasanya tidak keterlaluan kalau Ambuyat sarankan agar tuan-tuan BERTAUBAT beristigfar memohon ampun kehadrat Allah SWT kerana telah sewenang-wenang menodai kesucian Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW. Syukurlah kita masih hidup dan sempat bertaubat. Alangkah harunya kalau kita sudah mati dan apabila ditanya oleh Malaikat: " Apa AGAMA-mu?" dan.... (sedihnya) tuan-tuan jawab: "Islam HADHARI adalah agamaku" (wal 3iyazubiLlahi min zalik)
Sekian terima(lah) kasih.
Ambuyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI