Sajak SEMPENA DEMO BANTAH PPSMI: Perjuangan (Khas untuk Pak Samad -SN)
Dilulus terbit pada Saturday, March 07 @ 22:15:30 MYT oleh TokPenghulu
Penulisan Kreatif Oleh gedebe
"( Sajak ini khas untuk Pak Samad Said, Dato' Hassan Ahmad, Baha Zain dan lain-lain pejuang Bahasa yang telah berjuang memurtabatkan bahasa ibunda dalam demontrasi anti-PPSMI pada 7 Mach 2009 )
Hari ini ku lihat butiran-butiran air mata mu gugur
disaksikan mega-mega mendung dan titisan hujan
dari Masjid Negara dan menyelusuri Istana Negara
kerana mahu mengadu kepada Payung mahkota
setelah sekian lama anak bangsa
bergelut dengan injakan sang penguasa
meminggirkan bahasa Ibunda.
Hari ini kau mengerti erti sebuah perjuangan
yang tidak selalu merentasi taburan bunga
kerana telapak perjuangan mu kini
menyusuri jalan bertabur onak dan duri
meniti titian yang penuh ranjau.
Barangkali sebelum ini
senjata juang mu hanya pada mata pena
yang menari-nari indah di atas kertas
lalu kau dinobatkan Sasterawan Negara
segala-galanya indah belaka.
Bila kau proklamasi sebagai Sasterawan Rakyat
segalanya bertukar menjadi api
mimpi indah sekali gus diragut
oleh sang penguasa.
Perjuangan itu mahal harganya
kerana ia menuntut darah dan air mata.
Apapun usah diorak langkah mundur
kerana sayup dikejauhan terlihat
cahaya mentari kejayaan mula menyinar
Dirgahayu Pak Samad
Gedebe
Masjid Negara
7/1/09
KOMEN ANA:
Re: Perjuangan (Khas untuk Pak Samad -SN) (Score: 1)
by abdinabu on Sunday, March 08 @ 14:46:47 MYT
(User Info | Send a Message) http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/
Sajak yg SUNGGUH MANIS......
ana C&P untuk blog ana....
minta halal dan izin jua Al-Fadhil Al-Ustaz Gedebe.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI