Ahad, Mac 08, 2009

Boleh pun Jalan sekitar KL ditutup...

Boleh pun Jalan sekitar KL ditutup...
Kan Bagus Jalan sekitar KL ditutup sempena PPSMI

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup kepada lalu lintas sempena sambutan Maulidur Rasul, Isnin ini.

Menurut kenyataan Polis Cawangan Trafik Kuala Lumpur hari ini, jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat mulai pukul 6 pagi sehingga acara sambutan itu selesai.

Jalan yang terbabit ialah Persimpangan Jalan Hishammuddin, Jalan Raja, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Gereja, Bulatan Datuk Onn, Jalan Lebuh Pasar Besar, Jalan Kasturi, Jalan Travers, Jalan

Mahameru, Jalan Kinabalu, Jalan Mushi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Duta, Jalan Parlimen dan Dataran Merdeka.

Orang ramai dinasihati mematuhi papan tanda dan arahan polis semasa acara itu berlangsung serta menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas. - Bernama

Aku punya pendapat seandainya semalam pihak berkuasa laksanakan seperti mana dilakukan ini sudah pasti kejadian menembak gas tak akan akan berlaku... suruh pakat berkumpul di dataran merdeka lepas tu tutup jalan seperti mana yg boleh dibuat untuk majlis maulidur rasul nie dan suruh mereka bergerak ke Istana Negara dengan aman damai.. bila sampai sana dan serahkan memorondum then suruh semua bersurai... tak sampai sejam semuanya settle... habis cerita.. tapi semua tu terpulang pada empunya kuasa.. hendak seribu daya cuma tak hendak jaa seribu dalih...last Luuu Pikir Laa Sendiri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI