Manusia buta...
Dilulus terbit pada Friday, March 20 @ 03:23:58 MYT oleh TokBatin
E-mel Pembaca Oleh adik_ustaz
Ana hairan, hairan apabila ramainya umat Islam masih berkira-kira untuk memilih produk Muslim berbanding produk yang bukan Islam. Kenapa ye? Apakah kerana kurangnya pengetahuan tentang halal dan haram? Atau adakah hati terasa berat nak terima produk halal? Apakah kerana malas nak ambil tau, "asalkan boleh pakai, pakailah..."
Malah, kaum kerabat terdekat masih lagi ragu-ragu dan tersenyum sinis apabila ana perkenalkan produk Muslim kepada mereka. Lebih senang mereka menggunakan produk buatan US dan Israel. Mungkin kerana mereka dah serasi sejak zaman berzaman dengan barangan buatan orang Kafir itu. Bahkan bila boikot barangan US dan Israel dicetuskan, berapa ramai yang tersentak? Berapa ramai pula yang buat-buat elak? Yang paling ana terkejut, ialah apabila seorang 'brader' jual burger tepi jalan dekat masjid ceritakan kepada ana bahawa ada seorang pelanggannya yang mengoyakkan 'flyers' boikot barangan US dan Israel yang diberikan depan-depan dia. Pelanggan tu kata; "Apa boikot-boikot?"...yang ana paling pelik dan kesal adalah orang Islam kita sendiri yang bersikap begitu.
Tapi ana katakan kepada 'brader' tu, "mungkin mamat tu ada kepentingan dengan US atau Israel kot..." kami ketawa. Memang memalukan. Malu bagi kita sebagai orang Islam bila masih umat kita ada yang bersikap pesimis terhadap Islam sendiri.
Ana bagaimanapun memang 'respek' kat 'brader' burger tu, sebab kat gerai dia bergantungan bendera Palestin dan banyak pula poster-poster tentang Palestin dan boikot US - Israel. Kat Baling katakan...memang power!!
Di sini, mari kita perhatikan bahawa Israel dan US laknatullah menjadi kuat adalah kerana sokongan kita sendiri. Kita sendiri yang memberi mereka keuntungan. Ana memang amat marah kepada kerajaan Malaysia kerana meneruskan agenda memberi untung kepada kaum kafir laknatullah itu. Kilang-kilang arak memang diiktiraf operasinya, kelab-kelab malam hidup terus tanpa gangguan, import juga banyak...memang bohong kalau kerajaan Malaysia mahu boikot! Ana amat kesal...kalau kuasa pemerintah dan kuasa autoriti tidak memainkan peranan, sedangkan rakyat berhempas pulas nak boikot, siapa nak pandang? Kuasa luar, politik luar memang takkan ambil pusing perkara seperti ini. Sejauh manakah suara boikot akan bergema, jika hanya terhad di dalam bekasnya sahaja?
Tetapi, ana takkan berputus asa, sama juga seperti para usahawan HPA di luar sana, semangat tetap membara, langkah tetap mara, walau apa pun rintangan, kerana Allah kita bersama, berjuang menegakkan Islam dan memartabatkan produknya...Allahuakbar!
Manusia yang buta kita usaha celikkan, manusia yang pekak kita usaha pulihkan, manusia yang tertutup mata hati, kita doakan agar dia menerima seruan kita suatu hari nanti..istiqamah..insyaAllah.
http://islam-jalan-hakiki.blogspot.com
KOMEN ANA:
Re: Manusia buta... (Score: 1)
by abdinabu on Friday, March 20 @ 07:47:36 MYT
(User Info | Send a Message) http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/
memang masih ramai yg tak faham dengan kepentingan umat Islam dalam mangamalkan Produk Halal ni... pertama mungkin dikira masih baru kedua mereka tak tahupun kita sibuk dok KEMPEN BOIKOT BARANGAN US/ISRAEL ni... lagi-lagi yg tak boleh nak tinggal seperti kola dan kfc...
KLIK SINI nak tahu barangan yg diboikot oleh Ulamak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI