Sabtu, Mac 21, 2009

Guna Nama ‘Allah” Adalah Hak Makhluk Allah

Guna Nama ‘Allah” Adalah Hak Makhluk Allah
Dilulus terbit pada Saturday, March 21 @ 09:20:53 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh Tok Janggut.

Berbagai andaian dan komen berkaitan dengan penggunaan nama Allah. Isu ini timbul apabila dikatakan ada pihak bukan Islam menggunakan kalimah suci umat Islam ini. Yang menjadi kekeliruan umat Islam ialah apakah ada dalil atau nas yang mencegah golongan bukan Islam menggunakan nama Allah ini?

Sejarag Rasulullah SAW sendiri jika kita kaji dimana Abu lahab, Abu Jahal dan ramai lagi golongan kafir Quraish apabila bersumpah atau pun berhujah dengan pengkiu nabi ketika itu, yang sering kit abaca mereka ini akan menggunakan perkataan “ demi Allah………”, tetapi tidak pula kedengaran Nabi atau para sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan lain-lain nya melarang puak kafir Quraisy ini menggunakan nama Allah itu? Jadi apa masalahnya dengan umat Islam ketika ini? Kalau nak dilarang, UMNO adalah golongan yang layak dilarang menggunakan nama Allah ini kerana mereka inilah yang selalu mempertikai, mempersenda dan menghalang syariat Allah dari dilaksanakan di bumi Malaysia ini.

Para artis atau pelakun yang seirng kali melakukan maksiat dalam drama atau filem denagn jelas melakukan kemungkaran, berpeluk antara lekaki dan perempuan yang bukan mahram, hari ini peluk orang lain, drama atau filem esok peluk pula orang lain, ini lagi jelas maksiat tetapi ketika mereka menang dalam anugerah tertentu, mereka tidak segan silu dan keadaan jahil melafazkan “alhamdulillah, syukur pada Allah……. Apakah mereka bersyukur menang kerana melakukan kemungkaran pada Allah? Mengapa ini pihak golongan agama tidak komen dan tidak tegah?

Suami atau bapa dayus lagi fasik pula hanya membiarkan saja malahan memberikan sokongan dan bangga pula bila melihat isteri atau anak perempuan mereka dipeluk, digomol dan dibelai oleh lelaki bukan mahram semata-mata kerana mengejar nama dan wang. Nabi telah menjanjikan golongan dayus dan fasik tempatnya adalah di neraka. Mengapa tidak kedengaran mufti, ulama atau jabatan agama melarang atau menegur atau menyekat kegiatan maksiat yang di benarkan oleh undang-undang manusia ini?

Inilah jelas akhir zaman apabila ulama jahat lagi sesat lebih ramai dari ulama yang mempertahankan kebenaran.

Oleh itu, janganlah sibuk dengan perkara remeh dari masalah pokok yang jelas di depan mata tetapi dibutakan mata dan dipekakkan telinga saja. Golongan bukan Islam juga adalah makhluk Allah cuma mereka tidak beriman saja dengan Allah. Tetapi apa bezanya mereka ini dengan golongan yang mengaku Islam tetapi hidup penuh dengan kezaliman, rasuah, arak, judi, zina, menindas, menipu dan berbagai lagi itu? Janganlah kuman di seberang Nampak sangat, tetapi gajah depan mata buat buta saja.

Yang penting mereka menggunakan nama Allah bukan untuk tujuan menghina kalimah suci itu. Wallahualam.

KOMEN ANA:

Re: Guna Nama ‘Allah” Adalah Hak Makhluk Allah (Score: 1)
by abdinabu on Saturday, March 21 @ 09:45:14 MYT
(User Info | Send a Message) http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/
Ana amat setuju dengan pendapat tuan...
Cuma nak mintak PENJELASAN dari segi hukum menganai LENCANA POLIS.. yang tertulis kalimah Allah dan Muhammad padanya...

Ada artikel yg KOMEN [ambuyatel-binangkit.blogspot.com] tentang penggunaan "Kalimah Allah" dalam agama kristian....

TGNA kata tak apa... terpulang pada pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI