Ahad, Februari 15, 2009

Salah Siapa?

Salah Siapa?
Dilulus terbit pada Saturday, February 07 @ 10:03:56 MYT oleh TokPenghulu

Penulisan Kreatif Oleh zley



Sudah berkahwin sekian lama

Bini ditinggal talak tiga

Apa kejadah cerai tiada

Kembali merampas secara gila


Kekasihku dibawa lari

Belum dicerai dirampas orang

Kerana sizalim tak sedar diri

Menjadi pengerusi di negeri orang


Ini bukan cina buta

Peraturan Ilahi patut diikut

Cuba merampas sebagai harta
kerana mengikut jari telunjuk


Panggil ayah dan juga emak

Sedangkan mereka juga hamba

Mula dituduh sebagai tamak

Kerana kebenaran diharap tiba


Sangat pedih tuduhan ini

Jasa sebelum dilupa orang

Adakah derhaka cara begini

Jika tidak jangan diserang


Lupakah kita kepada Allah

Orang dizalim makbul doanya

Marilah berdoa kerana Allah

Agar keadilan datang empunya


Asid disimbah berbaldi-baldi

Bila terkena pokok pun layu

Serang masjid cara yahudi

Adakah ini cara melayu?


Terang lagi bersuluh

Naik roket menuju bulan

Bukan hamba hendak mengeluh

Hanya berdoa datanglah keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI