Bangkit Tumbang Kezaliman
Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 15:04:52 MYT oleh TokPenghulu
Penulisan Kreatif Oleh RAWI
tiada lagi kerajaan bersih
tiada lagi kerajaan amanah
tiada lagi kerajaan berkebajikan
tiada lagi kerajaan yang adil
keseksamaan jangan kau pergi
ketika aku butuh kemesraan
ketika aku mahu kedamaaian
yang menggoda rakyat kebanyakan
kekuatan rakyat jangan ditidurkan
rintihan rakyat jangan didiamkan
kesusahan rakyat jangan dipendam
suara rakyat penuh kerisauan.
izinkan aku bertanya
kau memerintah untuk siapa
kau memerintah dari siapa
kau memerintah mengapa memaksa?
izinkan aku berkata
rakyatlah yang memilihmu
rakyatlah yang menaikkanmu
rakyatlah yang mengangkatmua
rakyat jualah akan menurunkanmu.
bangunlah wahai rakyat
tunjukkan mimpi indah
tunjukkan kebersamaan
tunjukkanlah igaun kekejaman
dapat kau tumbangkan sebuah kerajaan.
bangkitlah wahai rakyat
bangunlah wahai rakyat
dari tidur kelesuanmu
pemimpinmu yang bisu
pemimpinmu yang lesu
pemimpinmu takpernah lesu menipumu.
sumber baweantermenung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI