Ahad, Februari 15, 2009

Rencana Syaitan

Rencana Syaitan
Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 06:54:04 MYT oleh TokPenghulu

Komentar Oleh hamazasalz

"Assalamualaikum, Saya rasa hairan dan pelik dan tertanya-tanya dimana mereka yang melaung-laungkan Cegahkan Kemungkaran dan Tegakkan Keadilan di Malaysia ini. Kalau beginilah rupanya, maka Malaysia tak akan lama aman dan akan mendapat kemungkaran Allah dan menjadi seperti Thailand.

Wahai orang-orang yang berkuasa dan melaung-laungkan kebesaran Allah, ketahuilah bahawa kedudukan kamu lebih rendah dari anak-anak palestin di Gaza.

Tidak aku dengar seorang pun dari meja Ulama atau ketua2 agama yang berani bersuara lantang melihatkan kejadian-demi kejadian yang terus terang mengaibkan orang Islam sendiri dan melihat sendiri bagaimana dengan terang terang dah sah digelarkan Munafiq dan Fasiq.

Dimana alim ulama yang menentukan hukum, dimana mereka yang bergelar ustaz, dimana mereka yang berdakwah di media2 atau bukan media. Sesungguhnya akan datang azab Allah ke atas kamu dan mereka yang bersekongkol dengan rencana syaitan ini. Kepada pejuang2 Allah, walau sekerdil mana kamu diizinkan bagi kamu mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang terang-terang munafiq dan fasiq ini.

Ingatlah, kamu boleh menggunakan apa cara yang termampu untuk mengutuk kejadian di Perak. ALLAHUAKBAR. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI