Ahad, Februari 15, 2009

Cermin Diri

Cermin Diri
Dilulus terbit pada Monday, February 09 @ 05:21:21 MYT oleh TokPenghulu

Penulisan Kreatif Oleh MahaMaha

"Ini ada serangkap puisi dariku untuk kita renungkan, tanpa mengira falsafah politik kita...

Cermin Diri

Aku dihadapanmu
Kita bertentangan
Masing-masing
Kita menegakkan kata-kata

Aku tunding ke kanan
Kau tunjuk ke kanan

Aku tetap akan katakan
Kanan akulah yang benar
Kau juga tetap katakan
Kanan kaulah yang benar
Masing-masing
Kita menegakkan formula-formula

Aku katakan
Aku punya maksud yang baik
Pada jelata

Kau katakan
Kau punya niat yang tulus
Pada semua

Tapi kebaikan dan ketulusan kita
Akan tetap bercanggah
Kerana penglihatan kau adalah dibelakangku
Dan pengamatan aku ada dibelakangmu
Kerana kita,
Bertentangan mata,badan,jiwa, dan kata


Tapi kebaikan dan ketulusan kita
Akan tetap bercanggah
Kerana kita enggan seiring,
Memandang cermin,
Dan melihat kebodohan diri sendiri..

http://giitaantariksa.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI