GLAXOSMITHKLINE (GSK) Consumer Healthcare melancarkan kempen ‘Makan, Berbual dan Senyum Dengan Yakin’ menggunakan Krim Pelekat Polident.
Langkah itu bagi mendidik orang ramai mengenai penjagaan gigi palsu serta meningkatkan kesedaran memiliki kualiti hidup yang baik dengan pemakaian gigi palsu.
Krim Pelekat Polident adalah produk pelekat gigi palsu yang terdapat dalam rangkaian produk penjagaan gigi palsu Polident dan terbukti secara klinikal membantu pemakai gigi palsu mengelak makanan tersekat atau gigi palsu tertanggal.
Kajian mendapati ada kira-kira tiga juta pemakai gigi palsu di negara ini, antara jumlah tertinggi di Asia. Daripada jumlah itu, 52 peratus berusia di bawah 50 tahun dan 63 peratus adalah wanita.
Walaupun bilangan yang memakai gigi palsu meningkat, pengetahuan penjagaannya masih kurang memuaskan. Ramai pemakai gigi palsu masih keliru aspek penjagaan dan pemakaian gigi palsu.
Justeru, melalui kempen ini, ia dapat menyampai maklumat kepada pemakai gigi palsu agar mereka dapat membuat pilihan terhadap diri sendiri dan orang yang mereka sayangi.
Bagi pemakai gigi palsu, Krim Pelekat Polident boleh memberi peningkatan yang ketara terhadap kualiti hidup melalui beberapa aspek.
Pelekat gigi palsu ini membentuk suatu lapisan penutup bagi mengelak cebisan makanan daripada terperangkap di antara gigi palsu dan lelangit, membolehkan si pemakai makan dengan selesa.
Krim ini selamat bagi penggunaan harian selain meningkatkan kekuatan gigitan ke atas makanan, memberi kebebasan kepada pemakai gigi palsu untuk mengambil pelbagai jenis makanan dan memilih makanan bernutrisi.
Krim Pelekat Polident menyokong dan meletakkan gigi palsu pada kedudukannya serta mengurangkan insiden seperti gigi palsu tertanggal semasa makan, ketawa atau bercakap dengan suara yang kuat.
Ini membantu meningkatkan keyakinan diri kepada si pemakai dalam pergaulan sosial dan mereka juga tidak perlu risau pengucapan yang kurang jelas. Mereka boleh makan, berbual dan senyum dengan yakin.
Kempen ini memperkenalkan talian bebas tol Polident Careline 1800-18-1000, di mana pemakai gigi palsu boleh membuat panggilan untuk khidmat nasihat secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, hubungi Pengurus Komunikasi, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (Azariah Tahir) di Lot 89, Jalan Enggang Ampang/Taman Perindustrian Hulu Klang, Selangor atau talian 03-74912020 atau faksimili 03-42532111.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI