Isnin, Januari 19, 2009

TKO oh! TKO - LUAHAN RASA RINDU

TKO oh! TKO
LUAHAN RASA RINDU

As-Salamu ‘alaikum warahmatuLlah!
Salam sejahtera…!

Oh! TKO….
Aku rindu serindu-rindunya bila kau hilang ditengah-tengah kehangatan KEMPEN PRK 036 kuala Terangganu. Kau yang pada mulanya tenggelam timbul dengan pelbagai penyakit sebelum munculnya PRK 036 KT tiba-tiba saja terus hilang. Kalau sebelum ini kau kerap juga hilang tapi kau lekas pulang. Namun kali ini kehilanganmu terlalu panjang dan sempai sekarang engkau tak kunjung datang.

Oh!TKO….
Walaupun engkau telah hilang dikehangatan KEMPEN PRK 036 KT, sumbanganmu sungguh dalam. Penanganmu sungguh hebat. Justeru kemenangan Calon PAS PRK 036 adalah hasil pengorbananmu yang tidak mengenal jemu, sekalipun engkau TERKORBAN demi sebuah KEMENANGAN.

Oh!TKO…..
Aku tersangat rindu untuk kembali menatap wajahmu yang dipenuhi info terkini. Aku terlalu rindu untuk membacanya dan terlalu rindu untuk memberi respon dan komen pada artikel-artikel yang terpapar diwajahmu yang ceria. Aku makin sayu mengenangkan terpaksa berpisah sekian lama dengan kawan-kawan para “forumer” yang saban hari sanggup bersengkang mata, berbincang, berbahas issu panas.

Aku teringat Abu Muaz yang selalu menyapaku dan memberikan dorongan kepadaku menghadapi BOX. Kalau BOX pernah marah padaku kerana mungkin aku pernah mengusik hatinya, aku belum puas bergurau senda dengannya, meminta maaf darinya seterusnya mengajaknya supaya “Memeluk Agama Islam” demikian juga CosmicBoy.
BOX tu kawan aku…. Kami satu bangsa dan satu negeri. Aku sayang dia.

Tapi kini, mana mungkin kami bisa usik mengusik lagi. Ada yang keras dan emosi sehingga dapat pangkat AMARAN1 seterusnya AMARAN2… ada yang ketahuan samarannya yang kononnya wanita, tau-taunya jejaka hensem. Macam-macam ragam para forumer yang serius ada, yang lucupun ada, yang garangpun ada, yang lembutpun ada, yang tegaspun ada….sesungguhnya macam-macam ada. Yang kejar pangkatpun ramai yang cuba-cuba lagilah ramai…. Ada juga yang tunjuk pandai.

Oh!TKO…..
Aku tahu kau PARAH dalam pertempuran. Aku tahu kau masih ada harapan sembuh. Bersabarlah menjalani rawatan. Sehingga kau kebah. Kami PENYOKONG TKO takkan pernah jemu mendoakan agar kau cepat sembuh, cepat pulak kembali beroperasi dengan semangat baru, azam baru dan iltizam serta kometmen yang tinggi.

TKO sayang!
Gembiralah bahawa kami tetap setia menanti kehadiranmu kembali. Senyumlah kerana perjuanganmu telah membuahkan hasil yang diharap, kejayaan yang dinanti iaitu KEMENANGAN PRK 036 KT. Bangunlah segera untuk beraksi kembali, kerana PRK lain mungkin berlaku lagi sebelum tibanya PRU13. Ayuh kita mantapkan kembali barisan mujahid dengan pejuang-pejuang yang mendambakan syahid. Ayuh, kita mulakan kembali langkah satu dengan kuda-kuda pendekar sakti.

Akhir sekali….
Ikutlah nasihat doktor… rajin-rajinlah makan ubat, agar cepat sembuh. Warkah ini tak dapat ku sampaikan dengan tangan kerana aku tinggal jauh. Aku hanya bisa titipkan warkah rindu ini melalui Blogku yang kerdil…. Seterusnya ku kirimkan kepada marhaendaily http://www.marhaendaily.net/v1/ , agar bisa semua kawan-kawan turut membacanya. Apa yang diharapkan ialah…. Biar meringan sedikit “Derita RINDU” ini sehingga kita bisa ketemu kembali.

Sekian,

Terima(lah) kasih.

Ambuyat.
22 Muharram 1430H
19 Jan. 2009M.
7.00PM.

1 ulasan:

  1. gua pun rindu sama itu TKO. tapi skarang TKO pun dah ok, yang ko umno di kuala terengganu

    BalasPadam

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI