SERUAN ISLAM KEPADA SEMUA PENGUNJUNG NON-MUSLIM
Salam sejahtera…!!!
Kepada semua pengunjung yang bukan beragama Islam (Non-Muslim) diucapkan selamat melayari Blog saya yang tak sepertinya ini.
Dengan penuh hormat dan rasa rendah diri saya mengambil kesempatan ini untuk
MENGAJAK tuan-tuan dan puan-puan untuk MEMELUK AGAMA ISLAM yang maha suci. Ini adalah kewajipan saya sebagai “Muslim” untuk berdakwah menyampaikan “Kebenaran Islam” kepada semua manusia untuk dianut sebagai agama. Selebihnya saya tidak mahu didakwa di hadapan Allah SWT di akhirat nanti. Kerana tidak mustahil ada di antara anda nanti di Hari Pembalasan cuba beralasan (ketika hendak dicampakkan ke dalam api neraka) bahawa Ambuyat (nama samaran) tidak pernah sama sekali MENGAJAK kami memeluk Agama Islam, walaupun beliau tahu kami sering mengunjungi Blog beliau yang sarat dengan INFO mengenai Agama Islam untuk difahami dan seterusnya diimani.
Maka dengan ini sekali lagi saya MENGAJAK kepada semua pengunjung Non-Muslim yang mulia supaya MEMELUK AGAMA ISLAM/MENERIMA ISLAM sebagai AGAMA seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang terkemuka dari kalangan mereka yang (terkenal seperti Yusof Estis dll) beragama Kristen dari seluruh dunia.
Saya turut MENDOAKAN agar anda semua memperolehi HIDAYAH dari INFO yang terdapat dalam Blog ini untuk bersedia dengan rela hati menerima Islam.
Akhir sekali “Kalau Elok beritahu kawan dan kalau Tak Elok beritahu saya” dan jangan serik SILA DATANG LAGI.
Sekian terima(lah) kasih.
Ambuyat/ abdinabu/ Azhari(s).
22 Muharram 1430H
19 Jan. 2009M
12:12am.
terimah kasih...tapi kenapa islam hanya menyatakan agama kristen saja? kenapa tidak agama lain? bukan kah agama lain mempunyai tentangan yang lari dari konsep percaya kepada Allah? yang menyembah berhala? jangan asyik kristen3x...terimah kasih..
BalasPadamassalamuaalaikum ..
BalasPadamana setuju ..
tp x mengapa la sape yg xnak ..
syukran ...
Salaamun 3la man ittaba3al huda
BalasPadamterima kasih atas komen2 anda
Agama Kristian (Nasrani) adalah merupakan agama yg terkenal dgn penganutnya yg ramai---bahkan ia adalah salah satu antara 3 agama Samawi yg punya kitab suci seperti juga agama Islam. Akan tetapi kesucian kitab itu tidak terpelihara sepertimana kitab al-Quran (kalam terakhir) yg diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Junjungan Besar Muhammad sollALLAHU 3laihi wasallam. Beliau al-Ustaz Abdin rahimahuLLAH menyebutkan agama selain Islam dgn merujuk kpd Kristian sebagai salah satu contoh yg khusus kerana ia bertepatan dgn artikel2 yg dimuatkan dalam laman ini sendiri yg byk membincangkan dan membentangkan hujah2 ilmiah seputar agama kristian dalam konteks perbandingan agama. InshaALLAH jika diberi kesempatan laman ini akan cuba mengupas sekitar topik perbandingan agama selain agama kristian seperti Hindu, Buddha, dan Yahudi sebagai satu kajian dan perbandingan ilmiah.
wALLAHU waliiy-ut-taufiq
~waris keluarga ambuyat el-binangkit