Resipi : 2 cara masakan berasaskan nasi
NASI BERIANI DAGING/KAMBING
Bahan - bahan NASI BERIYANI
4 tin (tin susu cair) beras Basmathi
4 tin air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam
1 tangkai daun bawang, daun sadri dan daun pudina
sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
Buah pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriyani
Cara-cara
• Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam biarkan mendidih.
• Masuk beras yang telah di tos agak-agak nak kering, masukkan kekuma yang telah direndan kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah beriyani. tutup dan biar kan api perlahan
Bahan-bahan DAGING BERIYANI
2 kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4 camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4 biji bawang besar goreng hingga garing
10 ulas bawang putih }
10 ulas bawang merah }dikisar
50 gm halia }
5 kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6 bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6 buah pelaga ] minyak dan
2 batang kulit kayu manis] dikisar halus
1 biji buah pala kering ]
4 tangkai daun pudina }
4 tangkai daun sadri }dimayang halus
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang telah dikisar halus
Cara-cara
• Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama serta perap dalam 1 jam.
• Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan jagus. Biar di atas api sehingga daging empuk.
• Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan ambil
NASI AYAM LEBANON
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong lapan
1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit garam
20 biji badam
4 labu bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin besar buah tomato
1 camca besar tomato puri
1/4 cawan kismis hitam
6 buah pelaga ( B )
2 kuntum bunga lawang ( B )
1 batang kulit kayu manis ( B )
3 cawan beras basmati
3 cawan air rebusan ayam
Segenggam daun ketumbar dicincang halus
8 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng ayam
Cara-cara
• Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar. Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
• Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
• Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya.
• Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
• Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
• Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
• Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI