Khamis, Januari 15, 2009

Dari lubuk hati utk sebuah GAZA yg bergolak

Dari lubuk hati utk sebuah GAZA yg bergolak
Dilulus terbit pada Wednesday, January 07 @ 11:13:05 MYT oleh TokPenghulu

Penulisan Kreatif Oleh ustnik

"Tentera Yahudi ganas dan memberontak
Kanak-kanak dan wanita ditembak
Gaza dibom jadi padang jarak
Biar dunia bising dan cuba menggertak
Tak ubah hanya seperti bukit yg disalak

Yahudi terus berlagak
Menjadi Ya'juj Ma'juj yang merosak
Menjadi Dajal yang memijak
bumi Palestin yang dikoyak rabak


Mereka yg berpesta hanya tahu melalak
Terkinja dan melompat seperti katak
Malam tahun baru disambut sambil berteriak
Membilang jarum jam macam budak-budak
Termasuklah pemimpin negara yang kononnya bijak

Dengan tari, nyanyi dan (arak?)
Hati hitam,kotor dan berkerak
Diri hanya tahu bergelak

Tiada sayu, malu dan sebak
Melihat umat diratah dan dibentak
terus ditembak dan ditembak
Dan Melayu hanya terus bersorak, melalak dan melalak

Aku memanggil 'Wa Mu'tasimah!' tiada siapa yg bergerak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI