Khamis, Januari 15, 2009

Bantulah Palestine anak ku

Bantulah Palestine anak ku
Dilulus terbit pada Sunday, January 11 @ 19:50:44 MYT oleh TokPenghulu

Penulisan Kreatif Oleh rozmal

"Nak , kalau nak bantu rakyat PalestinTolonglah ibu dan ayah buat kerja di rumah

Biar ayah mu ada masa untuk edar risalah boikot Israel/US


Nak , kalau kesian tengok anak Palestin dibom
Belajarlah rajin-rajin
Dapat kerja elok-elok
Dapat gaji , dermalah untuk bantu umat Palestin

Nak , kalau kau marah pada tentera pengganas Israel
Janganlah kau beli lagi barangan Israel/US
Pesan pada kawan-kawan kau yang tak tahu

Nak , orang kita masih ramai tak peka lagi
Semalam khutbah Jumaat di Bongek tak bincang isu Palestin
Khutbah Jumaat di Batu Pahat bincang isu kesihatan

Bukan salah mereka
Tapi salah orang-orang macam ayah ni
Tak kerja sungguh-sungguh untuk beri kesedaran

Belajarlah rajin-rajin nak
Tolonglah ibu di rumah nak
Biar ayah boleh edar banyak risalah lagi

Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI