Selasa, Oktober 14, 2008

PAS beralih angin - kini yakin '16 Sept'

PAS beralih angin - kini yakin '16 Sept' 
Jimadie Shah Othman | Oct 14, 08 6:00pm 

dikemaskini 6:44pm PAS akhirnya yakin sepenuhnya dengan "projek 16 September" Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti itu menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan PKR dan DAP. 

Keputusan biro politik parti itu minggu lalu telah pun direstui mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin. 

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberikan mandat untuk mengetuai delegasi parti itu termasuklah timbalannya Nasharudin Mat Isa, dua naib presiden Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar. 

 

Selain dikritik akibat berunding dengan Umno, Nasharudin sebelum ini tidak pernah dilaporkan terlibat rundingan bersama Pakatan Rakyat, manakala Mohamad menyatakan keraguannya berhubung rancangan penasihat PKR itu. 

Abdul Hadi pula, walaupun pernah menyertai mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin PKR dan DAP, dianggap menolak projek perubahan kerajaan Anwar - asalnya diuar-uarkan menjelang 16 September - selepas berkata beliau enggan menjadi "ahli politik Mat Jenin" apabila mengulas kemungkinan beliau dicadangkan sebagai perdana menteri apabila Pakatan mengambil alih kuasa persekutuan. 

Rundingan dengan Pakatan sebelum ini didominasi golongan pro-kerjasama dengan Pakatan seperti Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan bendahari Dr Mohd Hatta Ramli. 

Beberapa pemimpin PAS yang dihubungi Malaysiakini berkata, keputusan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti dibuat kerana perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru "sampai ke tahap lebih tinggi" yang melibatkan perbincangan dasar-dasar dan persediaan membentuk jemaah menteri. 

Salahuddin berkata, keputusan menghantar pemimpin kanan itu dibuat kerana usaha menumbangkan kerajaan BN sudah "sampai ke tahap akhir" dan "setiap tindakan memerlukan keputusan segera". 

"Dulu, kita lebih kepada (hal-hal) teknikal seperti (menyusun) agenda bertindak... boleh katakan sekretariat. Sekarang kita berada pada tingkat lebih tinggi yang memerlukan perbincangan tentang dasar-dasar politik," katanya. 

Dalam mesyuarat Ahad lalu, menurutnya lagi, perbahasan tentang delegasi lima pemimpin tertinggi PAS berlangsung dengan "sangat positif" dan mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima mereka. 

Suasana perbincangannya digambarkan sebagai "berterus-terang" dan dalam keadaan "bebas mengeluarkan pandangan". 

 

Barisan pemimpin atasan PAS sebelum terbelah dua berhubung isu pertukaran kerajaan persekutuan, khususnya antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pesuruhjaya PAS Terengganu dan juga ahli strategi parti Datuk Mustafa Ali, menjelang 16 September lepas. 

Mohamad, yang pernah berkata "PAS bersikap tunggu dan lihat terhadap 16 Septermber", berkata beliau menerima keputusan itu. 

"Itu keputusan parti, saya terima," katanya, yang hadir di mesyuarat itu, kepada Malaysiakini hari ini. 

Ditanya sebab kelima-lima pemimpin berprofil tinggi itu, beliau berkata: "Hendak pilih lima orang, kita pilih limalah. Kalau enam, kita pilih enamlah. Kalau lapan, kita pilih lapanlah." 

Husam - disebut-sebut sebagai penggerak utama dalam PAS yang mendukung usaha Anwar - pula menyifatkan barisan pemimpin tertinggi yang dipilih itu "bukan wakil baru", "tidak ada perubahan" dan "tidak berbangkit". 

"Saya ingat salah faham. Tiada yang istimewa," katanya, mengulas keputusan dalam mesyuarat biro politik parti itu minggu lalu. 

Sementara itu, timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad yang dikatakan pihak pertama mencadangkan idea menghantar pimpinan utama PAS berkata "semua khilaf dan salah faham sudah selesai". 

"Sebelum ini mungkin ada yang tidak nampak bangunan Parlimen. Sekarang tidak ada khilaf lagi," katanya, yang menganggotai biro politik PAS, hari ini. 

Khalid bagaimanapun mendakwa khilaf yang dimaksudkan itu hanya di peringkat teknikal akibat sumber-sumber maklumat yang berbeza antara pemimpin parti. 

"Tetapi akhirnya, dengan semua sumber itu, semuanya saling melengkapi," katanya, yang juga ahli parlimen Shah Alam. 

Tambahnya, salah faham dalam parti itu mula reda hasil pertemuan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dengan Anwar di Kota Bharu hujung bulan lalu (foto atas, kiri).



Kepada penyokong tegar BN.. Diucapkan 'Selamat Berlayar'..

Dipetik dari TKO:

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=35523#835293

Krisis Ekonomi: Kerajaan & Menteri UMNO/BN Lari Dari Tanggungjawab !!!

Krisis Ekonomi: Kerajaan & Menteri UMNO/BN Lari Dari Tanggungjawab !!!
Dilulus terbit pada Tuesday, October 14 @ 14:30:00 MYT oleh TokPenghulu 



Oleh ulitmayang

"
Melihat kepada tajuk berita media hari ini , seperti katanya 

- Ramai keluar Dewan ketika ucapan 5 jam. Ucapan perbahasan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam selepas 11 tahun 'meninggalkan' Parlimen, gagal menarik perhatian penyokong kerajaan apabila ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar masuk dewan sepanjang ucapannya hampir lima jam itu. 


- Malah, ada ketikanya hanya seorang menteri, dua timbalan menteri dan tidak sampai 10 Ahli Parlimen BN berada di dalam dewan ketika Anwar berucap, selain beberapa menteri kelihatan mundar-mandir di lobi Parlimen atau berada di kafe. 


Anwar yang menyedari keadaan itu kemudiannya mempertikaikan ketiadaan Timbalan Perdana yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, pada sesi perbahasan itu.  

- Najib perlu mendengar perbahasan mengenai bajet, apatah lagi Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu didakwa sudah ketinggalan berikutan unjuran pertumbuhan yang dicadangkan tidak relevan lagi kerana krisis ekonomi dunia sekarang.

- Kita mendesak kerajaan membentangkan semula bajet baru. Angka dan unjuran yang dibentang dulu jauh berbeza sekarang dan ini memberi kesan besar pada ekonomi dan kehidupan rakyat 

Ulas sikit je !!!

1]
Kenapa , dalam menghadapi isu sebesar ini , hampir kesemua barisan kabinet kerajaan umno/bn tidak hadhir untuk berhadapan dan berhujah serta mengambil tanggungjawab bersama dengan Ketua Pembangkang & PR , bagi membincangkan kedudukan ekonomi negara dan mengambil langkah perlu ?

2]
Adakah kesediaan Ketua Pembangkang berusaha menangani permasalah ekonomi dunia dan kesannya kepada ekonomi dalam negeri , tidak menarik minat barisan kabinet kerajaan umno/bn untuk membincangkan nya , dan lebih rela menghabiskan masa di ruang kafeteria dan lobi parlimen , menunjukkan ketidaksediaan , ketidakperihatinan dan sikap tidak bertanggungjawab Pak Lah dan teamnya ?

3]
Kepercayaan dan amanah yang diberikan dalam PRU-12 lalu perlu dibuat penilaian semula oleh rakyat Malaysia , kerana kerajaan & kepimpinan yang sedia ada sudah tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawabnya

4]
Tajuk berita ini Penyokong BN boikot Anwar ??? , boleh membawa maksud Penyokong BN boikot Rakyat ???

Penyokong BN boikot Anwar

Penyokong BN boikot Anwar


Ramai keluar Dewan ketika ucapan 5 jam

KUALA LUMPUR: Ucapan perbahasan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam selepas 11 tahun 'meninggalkan' Parlimen, gagal menarik perhatian penyokong kerajaan apabila ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar masuk dewan sepanjang ucapannya hampir lima jam itu. 

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula berucap pada jam 11 pagi selaku Ketua Pembangkang bagi membahaskan Bajet 2009, sebelum menyambung semula pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang selepas Dewan Rakyat berhenti rehat pada jam 1 tengah hari. 

 

Pada sidang media di lobi Parlimen, Anwar berkata pembangkang tidak akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang yang sedang berjalan sekarang kerana mahu menumpukan kepada Bajet 2009. 

Anwar berkata, soal tarikh baru untuk Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Persekutuan juga bukan menjadi keutamaan sekarang. 

"Tidak.. saya tidak akan bagi tarikh (baru)," katanya yang sebelum ini menetapkan 16 September lalu dan baru-baru ini pula menyuarakan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan Pusat selepas Aidiladha, awal Disember depan. 

Abdullah yang diminta mengulas mengenai hasrat Pakatan Rakyat itu bagaimanapun menyifatkannya sebagai karut dan membuang masa. 

"Mengapa pula ada (ahli Parlimen BN) yang mahu meninggalkan parti? Saya tak fikir mereka akan berbuat begitu. Ini semua karut tetapi mereka (pembangkang) terus melakukannya kerana mahu menarik perhatian, saya fikir mereka membuang masa," katanya. 

Beliau berkata, BN memenangi pilihan raya umum lalu dan diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara dengan majoriti yang besar. 

"Kita membentuk kerajaan yang kuat dan akan terus melakukan apa yang mampu untuk membangunkan negara dan ekonomi. Ini adalah peluang yang diberikan kepada parti. Jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti?" katanya. 

Sementara itu, sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam lebih dikuasai Ahli Parlimen pembangkang yang saling mencelah bagi mendapatkan penjelasan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan, selain memuji ketokohannya serta memperlekehkan kepemimpinan Umno dan BN. 

Hanya Ahli Parlimen BN dari Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), yang mencelah ketika Anwar berucap. 

Malah, ada ketikanya hanya seorang menteri, dua timbalan menteri dan tidak sampai 10 Ahli Parlimen BN berada di dalam dewan ketika Anwar berucap, selain beberapa menteri kelihatan mundar-mandir di lobi Parlimen atau berada di kafe. 

Anwar yang menyedari keadaan itu kemudiannya mempertikaikan ketiadaan Timbalan Perdana yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, pada sesi perbahasan itu. 

Katanya, Najib perlu mendengar perbahasan mengenai bajet, apatah lagi Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu didakwa sudah ketinggalan berikutan unjuran pertumbuhan yang dicadangkan tidak relevan lagi kerana krisis ekonomi dunia sekarang. 

"Kita mendesak kerajaan membentangkan semula bajet baru. Angka dan unjuran yang dibentang dulu jauh berbeza sekarang dan ini memberi kesan besar pada ekonomi dan kehidupan rakyat," katanya yang mempertikaikan rasionalnya perbahasan bajet kali ini. 

Dewan Rakyat sebelum ini ditangguhkan selama sebulan berikutan Ramadan dan dimulakan semalam dengan pembahasan ucapan Bajet 2009 yang ditetapkan selama empat hari di peringkat dasar dan kemudian diteruskan di peringkat jawatankuasa selama empat hari. 

Bagaimanapun, Dewan Rakyat boleh melanjutkan masa perbahasan peringkat dasar dan jawatankuasa melalui budi bicara Yang Dipertua. 

Sidang semalam berakhir pada jam 5.30 petang dan Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar membenarkan Anwar menyambung perbahasannya hari ini.