Sebuah SELOKA:
Amanah & Tanggung Jawab
PENJAWAT AWAM (II)
Alangkah gembira bertemu lagi,
Membaca seloka menyeringai gigi,
Ayuhlah tersenyum sedekah pagi,
Nak sambung sembang tiada rugi.
Amanah dipegang di dalam tangan,
Hendaklah dijaga tanpa tentangan,
Dibuat dengan penuh ketenangan,
Anggaplah ia satu perjuangan.
Niat kita meraih anugerah,
Teruslah berusaha daya dikerah,
Amanah berat telah diserah,
Naikkan prestasi minda diperah.
Garap segala cadangan perintah,
Gagah mengamal titah perintah,
Utamakan kerja jangan melatah,
Neraca Iman janganlah patah.
Gandakan usaha tingkatkan Taqwa,
Jelmakan ia di dalam jiwa,
Anggaplah ia badan dan nyawa,
Wajalah diri jangan kecewa.
Anggaplah "Punch Card" hanyalah cara,
Buat kita memulakan acara,
Pentingkan amanah tanpa bicara,
Eloklah diingat masa dikira.
Nampak tak slogan dan kata-kata,
Juga tema yang amat nyata,
Anjurkan kebaikan kepada kita,
Wajiblah kita jadikan fakta.
Apatah lagi piagam pelanggan,
Tepatilah ia janganlah segan,
Anggaplah ia bukan halangan,
Walaupun apa jua rintangan.
Amati segala corak perubahan,
Meneliti dari berbagai bahan,
Sedia meningkat tanpa upahan,
Eloklah terima tanpa sanggahan.
Kalau nak sanggahpun biarlah patut,
Ingin yang terbaik untuk diikut,
Amanah dijaga tak usah takut,
Neraka Allah jangan tersangkut.
Sekian terima(lah) kasih.
Ahad 25 Ogos 2002 :01:05Ptg.
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI