Jumaat, Disember 26, 2008

Sebuah Seloka: Amanah & Tanggung Jawab PENJAWAT AWAM (I)

Sebuah Seloka:
Amanah & Tanggung Jawab
PENJAWAT AWAM (I)

Allah Berfirman Nabi Bersabda,
Manusia semua wajib laksana,
Amanah ditangan jangan dilupa,
Nanti di akhirat hidup merana.

Apa sebabnya ditangguh masa,
Hari berlari minggu menjelma,
Dirimu leka melayan rasa,
Angkara bertangguh diri terseksa.

Nampaknya engkau macam sengaja
Tertunggak kerja di atas meja,
Apa nak jawab bila ditanya?,
Nak bohong kata tak ada masa!.

Gerangan apa hendak dijawab,
Gaji dimakan nasi disuap,
Untung di dunia akhirat lesap.
Nanti di akhirat rasalah azab,

Genggamlah bara segerakan taubat,
Jangan ditangguh nanti tak sempat,
Allah dah sedia azab yang dahsyat.
Wahai teman segeralah beringat,

Amanah jangan kita abaikan,
Biar ditumbuk rusuk dan badan,
Pentingkanlah kerja kuatkan iman.
Elakkanlah diri dari godaan

Niat yang ikhlas menentang cobaan,
Jangan tertipu godaan syaitan,
Aktiflah bangkit mencari kerehdaan.
Wang dan ringgit bukanlah ukuran

Amal yang ikhlas kerana Tuhan,
Tingkatkan usaha tunai tugasan,
Atasi segera segala kelemahan,
Wawasan akhirat jadikan pedoman.

Amalkanlah segala perintah Tuhan,
Marilah jauhi segala larangan,
Selamatlah hidupmu sepanjang zaman,
Esok di akhirat terima ganjaran.


Kerja kita satu amanah,
Ingatlah selalu jangan melatah,
Allah telahpun tunjukkan arah,
Nasihatku ini janganlah kau marah.



Sekian Terima(lah) Kasih,
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit 18Julai2002

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI