Ahad, Oktober 26, 2008

Kalau Mukhriz menang, Dr mahathir akan kembali dibenci

Kalau Mukhriz menang, Dr mahathir akan kembali dibenci
Dilulus terbit pada Saturday, October 25 @ 01:59:05 MYT oleh alghaib

Artikel Pendek Oleh nestapa

" Semasa di era akhir pemerintahan DrM, beliau dibenci oleh majorti rakyat atas pelbagai isu, antaranya kes Anwar dan kes-kes 'bail out' syarikat2 yang dikatakan kroninya. Kebencian rakyat terhadap beliau menenggelamkan sanjungan rakyat ke atas jasa2 beliau. Tidak dinafikan beliau banyak berjasa kepada Malaysia - menganjakkan paradigma pemikiran rakyat ke arah bangsa Malaysia yang bangga dengan diri sendiri. Tidak dinafikan, Malaysia mula 'sedar' bahawa ia sudah ada harga diri di pentas dunia. Ini semua hasil kebijaksanaan Mahathir.


Namun begitu, kegagalan Paklah mengemudi negara menyebabkan kebencian rakyat kepada Dr M berubah menjadi sayang. Rakyat 'melupakan' seketika 'dosa-dosa' beliau kerana kelantangan beliau mengkritik Paklah. Kita faham, tujuan kritikan itu adalah semata2 kerana kepentingan Malaysia. Dari situ timbullah provokasi beliau terhadap Najib supaya mengambil alih kuasa. Dalam masa yang sama. Mukhriz dididik supaya punya tempat dalam barisan kepimpinan UMNO.

Akhirnya hasrat beliau itu hampir tercapai. Najib bakal menjadi PM dan Mukhriz bakal menjadi Ketua Pemuda UMNO. Dan lihatlah senyuman beliau tika ini.... sebuah senyuman kepuasan. Bahasa badan beliau menggambarkan orang yang dalam kepuasan. Namun begitu, beliau lupa yang rakyat kebanyakan yang 'kembali' menyokong beliau masih belum melupakan dosa2 beliau. tindakan beliau menyokong anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah permulaan langkah beliau menanggalkan 'topeng' negarawan yang hanya memikirkan kepentingan negara. Rakyat masih belum lupa betapa Khalil Yaakob begitu taat dengan beliau sehingga akhirnya ditabal YDP Negeri Melaka.Rakyat juga tidak akan lupa ciuman pipi Rosmah kepada SRK. Maka, dengan simple matematik, rakyat terus boleh faham tindakan beliau ini. Rakyat telah mula nampak kuasa tangan beliau sedang mengarahkan 'orkestra' UMNO kala ini.

Beliau telah mengorak langkah kembali ke asal - ke era akhir sebelum beliau berundur. Pemikiran beliau kini semakin bercanggah dengan kehendak rakyat ramai. Beliau akan kembali dibenci.

Sementara Mukhriz yang mendapat pencalonan tertinggi, walaupun orang UMNO kata ianya atas sentimen bukan atas wang, beliau masih belum mempamirkan kredibiliti sebagai pemimpin . Sebagai ahli Parlimen pun suara beliau belum kedengaran. Saya sangsi yang beliau akan mempunyai wibawa yang boleh mengangkat martabat pemuda. Sebab itu saya kata KJ lebih layak, cuma KJ dilihat tidak bersih. Itulah bangang nya si KJ. Kalaulah dia sabar mendaki, dia sudah boleh berdiri atas kekuatan sendiri. What a waste! Tapi, semua itu kan ada rahmatnya, cuma kita kenalah berfikir dan ambil iktibar....

Syabas pemuda PAS - YB Salahuddin, anda memang ada potensi untuk memimpin. Tunjukkan beza antara pemuda PAS dengan UMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI