Dr Mahathir Peminat Fanatik Shah Rukh Khan
Dilulus terbit pada Saturday, October 25 @ 08:41:18 MYT oleh TokPenghulu
Komentar Oleh khairulfaizi
" Memang saya tertunggu-tunggu bila agaknya Dr Mahathir akan membuat kenyataan terhadap anugerah ‘Datuk’ kepada pelakon popular Shah Rukh Khan. Mungkin dah ramai yang tahu Tun Dr Mahathir memang peminat Shah Rukh Khan dan pernah gambar TDM berpeluk dengan SRK disiarkan di dalam alam maya ini.
Saya tak tahu sejauh mana minatnya TDM terhadap SRK tetapi bukan mudah seorang pemimpin macam TDM untuk merelakan dirinya untuk memeluk seorang yang berstatus pelakon ini.
Saya pun tak tahu apa yang sebenarnya TDM nak sampaikan kepada kita semua kenapa dia cukup bersetuju dengan anugerah ‘Datuk’ ini tetapi yang pastinya saya tidak pernah untuk meminati langsung SRK.
Kerana apa? Kerana lakonannya telah berjaya merosakkan minda anak-anak melayu, itu yang pasti. Pantang anak-anak gadis bila terserempak dengan warga Bangla yang bertugas di Malaysia, sekali pandang teringat kepada pelakon pujaannya ini.
Lainlah jika SRK ini dapat memberikan sesuatu pengajaran yang baik kepada generasi muda di negara kita ini. Dengan lakonannya membuatkan anak-anak muda tidak tinggalkan solat, menghormati ibubapa, rajin ke sekolah, menjadi pemandu berdisiplin dan sebagainya tetapi apa yang akan terbit daripada hasil lakonannya adalah keinginan melahirkan rasa cinta kepada pasangan mereka. Maka lahirlah anak-anak luar nikah yang sudah bersepah-sepah dibuang di tandas, longkang, sungai, semak dan ada yang diberikan kepada binatang untuk dijadikan sarapan pagi.
Kalau nak sangat bagi pingat Datuk kepada orang luar, bagilah kepada Dr Yusuf Al-Qardawi. Barulah namanya negara Islam yang memberikan anugerah kepada sarjana dan tokoh Islam.
Fikir-fikirlah sendiri…
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/
--------------------------------------------
Dr Mahathir sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan - Malaysiakini
Oct 23, 08 6:29pm
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.
Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu “lebih berjasa” daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.
shahrukh khanMenurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.
“Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.
“Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.
“Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.
“Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia,” kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.
“Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.”
Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata “saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI