| Wartawan Kita Wed | Mar 26, 08 | 8:36:35 pm MYT | |
| PENGKALAN CHEPA, 26 Mac (Hrkh) � Umno Kedah dianggap telah dilanda sindrom takut apabila kerajaan negeri yang secara tradisi dikuasai Barisan Nasional (BN) tiba-tiba dimenangi PAS dan KeADILan pada pilihan raya umum lalu. Keadaan itu menyebabkan mereka dengan sendirinya cuba keluar daripada premis-premis milik kerajaan negeri yang digunakan sebelum ini termasuk kelas Tadika. �Sampai kelas-kelas Tadika pun mereka hendak pindah. Saya kata jangan pindah kerana anak-anak kita hendak belajar,� kata Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.
Ceramah itu merupakan yang kedua diadakan selepas kemenangan besar PAS dan KeADILan di Kelantan pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu. Ribuan manusia membanjir perkarangan Putik sehingga kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer. Banyak kenderaan terperangkap sehingga jam 1.30 pagi. Biar pun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan sekali sekala lebat ia tidak menghalang orang ramai datang. Dianggarkan lebih 10,000 membanjiri perkarangan Putik. Program itu diadakan sempena kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas PAS yang bekerja keras mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum lalu. Sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai yang bermula sejak jam 4 petang. Ramai juga merungut mereka tidak dapat mengikuti ceramah dengan jelas disebabkan sistem peralatan pembesaran kurang mencukupi dengan jumlah kehadiran orang ramai. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan program yang dihadiri begitu ramai penyokong tidak diadakan di dalam dewan besar Putik, sebaliknya pihak penganjur memilih perkarangan Putik. Lagi pun kata mereka hujan yang turun menyebabkan ramai terpaksa bertempiaran mencari tempat berteduh. Ustaz Azizan berkata, ketakutan BN terhadap kerajaan baru di Kedah juga dapat dilihat apabila parti itu dikatakan mengarah ahli-ahlinya yang dilantik sebagai anggota majlis tempatan supaya meletak jawatan. Tidak kurang juga ada mahu meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). Sedangkan katanya, kerajaan negeri tidak menyuruh mereka berbuat sedemikian, malah telah diberi peluang untuk meneruskan tugas sehingga tempoh perkhidmatan tamat. Beliau juga berkata, Umno tidak menjangka mereka tewas di negeri tersebut dan begitu juga tak dijangka PAS dapat mentadbir negeri berkenaan. �Sebab itu selepas PAS menguasai kerajaan kita beri kebebasan kepada kakitangan untuk memilih mana-mana parti yang dianggap sesuai bagi mereka. �Hak mereka untuk menyokong mana-mana parti, asalnya dapat melaksanakan tugas dengan baik,� ujarnya. Beliau juga mengulangi akan mencontohi pentadbiran PAS di Kelantan yang berjaya menerajui kerajaan negeri hampir 20 tahun. - mj |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, Mac 26, 2008
Umno Kedah dilanda sindrom takut - MB
Umno Kedah dilanda sindrom takut - MB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI