Isnin, Mac 10, 2008

Tan Sri Khalid memohon mengadap Sultan Selangor

Tan Sri Khalid memohon mengadap Sultan Selangor
Harakahdaily
Mon | Mar 10, 08 | 9:31:45 am MYT

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 telah menyaksikan calon-calon dari Parti Keadilan Rakyat(KeADILan), Parti Tindakan Demokratik Rakyat Malaysia(DAP) dan Parti Islam Se Malaysia(PAS) telah berjaya memenangi 36 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah di pertandingkan.

KeADILan telah memenangi 15 kerusi, DAP pula sebanyak 13 dan PAS sebanyak 8 kerusi.

Kepimpinan tertinggi parti-parti di atas telah bersetuju untuk bersatu dalam satu pakatan (coalition) bagi penubuhan kerajaan baru bagi negeri Selangor. Pihak kepimpinan juga bersetuju untuk memilih Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetuai pakatan tersebut.

Sebagai langkah pertama, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap dan memohon perkenan DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Sultan Selangor bagi tujuan penubuhan kerajaan baru Negeri Selangor.

Selanjutnya, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim akan bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi urusan mengambil alih tugas pengurusan dan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor dengan tertib dan teratur.

Sekian

Selangor Bersih, Maju, Berkebajikan

Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
9 Mac 2008
(Kenyataan Media Penubuhan Kerajaan Baru Negeri Selangor Darul Ehsan)

Press Statement: Establishment of Selangor State Goverment

The results of the 12th General Elections show that candidates from the People's Justice Party (KeADILan), Democratic Action Party (DAP) and Parti Islam Se Malaysia (PAS) have won 36 out of the 56 state seats in Selangor.

KeADILan won 15 seats, meanwhile DAP and PAS won 13 and 8 seats respectively.

The leaders of the Parties have agreed to form a coalition for the establishment of a new state government for Selangor. Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim has been chosen to head the coalition.

The first course of action is for Tan Sri Khalid Dato' Khalid Ibrahim to seek an audience with the Sultan of Selangor, DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, for the establishment of Selangor's new state Government.

Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim will also meet with the State Secretary of Selangor to ensure the transfer of governance of Selangor is executed in a smooth and orderly manner.

Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
9th March 2008. - mr


Cetak

Hantar Komen Anda

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke hdaily_editor@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI