| Mohd Sabri Said Mon | Mar 10, 08 | 9:36:57 am MYT | |||||
| PULAU PINANG, 10 Mac (Hrkh) - Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan membentuk Kerajaan Negeri yang baru selepas pilihan raya umum dua hari lepas, mengadap Gabenor Pulau Pinang, Tun Yang Terutama (TYT) Dato' Seri Abdul Rahman Abbas pagi ini, di kediaman rasminya.
Rombongan yang diketuai oleh Ketua Menteri baru, Lim Guan Eng dijangka memperbincangkan beberapa perkara berkaitan perlantikan beberapa orang exco di samping tanggungjawab menyelaraskan penyusunan semula kerajaan. Ekoran daripada itu, beliau juga turut akan memperkenalkan calon-calon yang menang daripada kalangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) kepada TYT sebagai salam pertemuan setelah berjaya mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN). Lim Guang Eng iaitu anak kepada Presiden DAP, Lim Kit Siang berjaya membentuk kerajaan setelah menang 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama KeAdiLan sembilan dan PAS satu kerusi. Semalam beliau pergi bertemu dengan bekas Ketua Menteri, Koh Tsu Koon bagi mendapat gambaran pentadbiran dan menyambung hubungan setelah begelut dengan isu antara parti. Semasa pertemuan semalam beliau dan Tan Sri Dr Koh sempat melayan pertanyaan media yang ingin tahu berbagai perkara sehingga DAP dapat menang besar apabila menyapu bersih semua Dun yang ditandingi manakala berjaya menang di tujuh parlimen. - mr Cetak
|
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Isnin, Mac 10, 2008
Lim Guan Eng temui Gabenor Pulau Pinang pagi ini
Lim Guan Eng temui Gabenor Pulau Pinang pagi ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI