| Abdul Halim Mohd Rashid Wed | Mar 26, 08 | 2:38:28 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Derita - itulah kata-kata penduduk kampung yang ditemui oleh Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa ketika melawat saki baki kampung Melayu yang belum ditelan 50 tahun peminggiran tersusun Umno-Gerakan di Tanjung Tokong dan Jelutung, Pulau Pinang. "Mereka diburu - UDA yang diamanahkan oleh Tun Razak pertengahan 70an, kini doremon yang cukup mereka takuti. "Mereka luahkan dalam bentuk foto pimpinan pembangkang, kain rentang, bendera roket, bulan dan keadilan - setiap pelusuk kampung. "Apa lagi jika bukan kemarahan, hilang kepercayaan dan kebencian - kepada BN. Tidak hairanlah, BN kecundang," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu. Rakaman lensa spontan mereka, katanya, adalah rakaman sebuah kebangkitan dan pengharapan. "Juga sebuah derita di bumi sendiri. Sebuah lukisan kegagalan yang amat nyata. Sebuah monumen hidup tentang peminggiran Melayu untuk tatapan Umno tentang erti perjuangan mereka yang telah hilang," kata Husam. Gambar-gambar boleh dilihat dalam bloognya, cetusan-hati.blogspot.com |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, Mac 26, 2008
Derita Melayu Pulau Pinang di bawah Umno-Gerakan
Derita Melayu Pulau Pinang di bawah Umno-Gerakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI