Pengikut Abuya terima hakikat BANDAR COUNTRY HOMES – Semua pengikut Al-Arqam sememangnya menerima hakikat bahawa bekas pemimpin pertubuhan itu, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya sudah meninggal dunia. Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Syeikh Lokman Hakim Abdul Rahim berkata, tidak timbul persoalan mengatakan Allahyarham 'ghaib' dan akan memimpin pertubuhan itu seperti didakwa sesetengah pihak. Beliau yang juga menantu Abuya berkata, pemergian bapa mentuanya pada 13 Mei lalu turut disaksikan ramai keluarga yang turut menguruskan jenazah dan mengebumikannya. “Untuk itu kami sekeluarga telah meminta seluruh keluarga berada di Kampung Pilin melakukan kenduri arwah, pembacaan Yasin di rumah dan di kuburnya. Selain itu, ramai bertanya apa pesanan Abuya kepada pengikutnya. “Sekiranya kami mengatakan Abuya pergi selamanya, kami bimbang syarikat Global Ikhwan akan menjadi lesu dan kehilangan pekerja, sedangkan Abuya meninggalkan perniagaan untuk diteruskan keluarga dan stafnya,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika membacakan kenyataan pengganti Ashaari, Fakhrur Razi, 48, mengulas berhubung dakwaan pengikutnya yang berasakan Ashaari tidak mati, sebaliknya hanya ghaib. Dalam pada itu, Sheikh Lokman berkata, bagi mengambil langkah selamat supaya pengikutnya meneruskan perjuangan, pihaknya menyatakan ‘Abuya pulang jika kita teruskan perjuangan’. “Walhal mengatakan begitu bukan boleh menghidupkan orang mati. Manakala mengatakan seseorang itu ghaib pula adalah merujuk kepada beberapa kisah dalam al-Quran. Namun Abuya siapa untuk disamakan dengan orang-orang itu. “Pentomen bertajuk ‘kalahkan nafsu Abuya pulang’ itu pula sebenarnya tidak sama s:ekali dimaksudkan Abuya akan hidup balik. Sebagai contoh dalam lakonan, orang bunuh orang, takkan kita nak jadikan ia satu hujah,” katanya. :Syeikh Lokman berkata, pihaknya hairan apabila mendapati media telah menyalah tafsir perkara sebenarnya terjadi dan menyifatkan kenyataan disiarkan berbahaya dan merugikan. :Menurutnya, sesuatu yang sepatutnya kepada ahli, telah dibuka kepada umum. “Kami atas nama keluarga Abuya terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi sesiapa yang meneruskan perbuatan yang memecahbelahkan masyarakat ini. “Diharap dengan kenyataan rasmi ini pihak berwajib tidak merisaukan akidah dan gelagat kami dan terima kasih kepada pihak yang faham bagaimana perasaan kami menerima ujian ini (kematian Ashaari),” kata Syeikh Lokman. Sementara itu, seorang lagi menantu Abuya, Dr Rohaya Mohammad berkata, kenyataan dan pentomen dengan acara mengaji, membaca al-Quran dan nasyid diadakan, hanya sebagai sokongan psikologi bagi menstabilkan emosi pengikut yang masih terkejut kematian Ashaari. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI