Hazayani Zakaria Mon | Oct 19, 09 | 5:34:11 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantah tindakan tatatertib terhadap lapan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) dan perlaksanaan sistem undian elektronik, E-undi. Memorandum berkenaan diterima Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah di lobi parlimen siang tadi. Selain bantahan terhadap tindakan tatatertib itu, SMM juga turut membantah pelaksanaan sistem E-undi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang didakwa akan menghancurkan demokrasi dan hak mahasiswa di kampus. Presiden SMM Shazni Munir Mohd Ithnin selepas penyerahan itu berkata, tindakan tatatertib terhadap 8 mahasiswa itu jelas mencabuli hak mahasiswa kerana mereka hanya mengadakan aktiviti perbincangan ilmiah. Tindakan itu juga tegasnya tidak mencerminkan kebebasan akademik oleh universiti.
"Berdasarkan fakta kes prosiding Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) UM dan juga pelaksanan sistem E-undi dalam pilihanraya kampus, kami (SMM) menuntut agar pihak universiti menghormati autonomi mahasiswa dalam mengadakan aktiviti serta menghentikan segala penindasan terhadap semua mahasiswa." "Kami juga menuntut KPT mematuhi dan dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia,"katanya. Dua dari lapan pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM )Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh bersalah membawa masuk ahli politik dalam suatu program rasmi UM. Pada 16 Mac lalu, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Setiausaha kepada Menetri Besar Selangor, diundang menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut. Manakala,keenam-enam pemimpin Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) turut mendapat pendakwaan yang hampir sama kerana menjemput Adun Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Wong Nai Chee sebagai panel Hakim dalam suatu pertandingan debat rasmi Universiti. Bagaimanapun, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) 12 Oktober lalu menangguhkan prosiding 8 mahasiswa berkenaan secara tergesa-gesa, tanpa menjelaskan alasan yang munasabah. Berhubung sistem E-undi pula, Menteri KPT Datuk Seri Khaled Nordin memtuskan bahawa sistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh kampus. Secara umumnya, sistem ini dilihat sanagt tersusun dan moden dalam situasi penggunaan teknologi maklumat kini namun dakwa Shazni, di sebaliknya terdapat satu usaha untuk mencabul kesucian sistem demokrasi kampus yang selama ini dipertahankan oleh mahasiswa._ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Selasa, Oktober 20, 2009
SMM serah memo, bantah tindakan tatatertib UM dan E-undi
SMM serah memo, bantah tindakan tatatertib UM dan E-undi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI