Dzulfikar Mashoor Tue | Oct 27, 09 | 5:42:09 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Salah seorang pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) yang mendedahkan skandal rasuah dan penyelewengan kuasa akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja serta-merta kerana tidak tahan dibuli majikannya sendiri.
"(Pekerja) Bangla yang datang sini pun ada terma perjawatan...saya sampai sekarang tidak dapat terma perjawatan. Yang mereka tahu, tekan (menindas) pekerja bawahan," tegas Abdul Rahim Mohd Sultan, Juruteknik Kanan (Mekanikal) PPSB. Dakwanya, beliau dipaksa bertukar dari Unit Hydrografi-Marin ke Tanjong City Marina-SBU Kargo kerana beliau membuat beberapa aduan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jun lalu. Dakwanya lagi, seorang Pengurus Besar dalang di sebalik amalan buli dan menukar posisi pekerja bawahan, yang enggan mengikut telunjuk majikannya. "Waktu pengkorperatan nak dibuat 1994 dulu pun, saya yang nak kekal sebagai kakitangan kerajaan, tidak diberikan surat hitam puteh Opsyen A...surat terma dan perjawatan tidak diberi," jelasnya. "Sekarang saya nak pencen pun, tidak ada (diberikan) surat terma dan perjawatan...ini profesionalkah," soal Abdul Rahim (gambar) lagi.
"Mereka boleh nafikan segala pendedahan. Jika benar, kenapa tidak dakwa saya di mahkamah...kenapa halang saya bantu siasatan SPRM...kalau dia (PPSB) berani, dakwalah," tegasnya lagi. "Mereka sanggup buat pejabat di bangkai pelabuhan lama bernilai 30,000 ringgit, untuk letak saya di sana...ini satu penghinaan." Jelasnya lagi, beliau pernah meminta perlindungan profesional daripada Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar, namun majikannya seolah-olah mahu menutup penyelewengan tersebut dari disiasat SPRM. Petang semalam, PPSB sekali lagi menafikan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa dalam pembelian kapal pengeruk laut yang bernilai RM2.4 juta. Memalui faks yang diterima, PPSB turut mendakwa segala proses pembelian kapal pengeruk laut tersebut diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikatnya. Jelasnya lagi, perlantikan tender yang berkaitan juga sebenarnya mengikut prosedur yang ditetapkan PPSB. Wartawan Harakahdaily yang melaporkan skandal tersebut turut dihubungi, supaya tidak lagi melaporkan skandal yang melibatkan PPSB. Beberapa hari lalu, beberapa pekerja terbabit mendakwa wujudnya majikannya menggelapkan diesel bernilai RM1.2 juta. Tetapi, dakwaan itu dinafikan oleh pihak tertentu melalui faks tanpa yang dihantar kepada Harakahdaily. PPSB turut didakwa melakukan rasuah dalam pembelian kapal pengeruk laut bernilai RM2.4 juta. Majikannya juga didakwa cuba menyalahgunakan kuasa dalam jual sewa alat gantian kapal tersebut, bernilai RM180 ribu. Beberapa dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan Koperasi Tanjong Sdn. Bhd yang dikatakan milik beberapa pemimpin Umno Bahagian Tanjong. _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Selasa, Oktober 27, 2009
Pekerja PPSB yang mendakwa dibuli meletakkan jawatan
Pekerja PPSB yang mendakwa dibuli meletakkan jawatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI