Selasa, Oktober 13, 2009

Menang di Bagan Pinang, BN dicabar bubar Dun Perak!

Menang di Bagan Pinang, BN dicabar bubar Dun Perak!
Harakahdaily
Tue | Oct 13, 09 | 9:59:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Barisan Nasional (BN) dicabar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak selepas kemenangan parti itu di Bagan Pinang baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataannya mencabar BN untuk berbuat demikian apabila kejayaan BN di Bagan Pinang didakwa berpunca dari sokongan rakyat yang sudah kembali kepada mereka.

Selain itu, dikatakan juga, ia adalah kerana slogan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, manakala MIC mendakwa orang-orang India telah kembali menyokong BN.

Oleh yang demikian, Drs Khalil mencabar Kepimpinan BN Perak supaya pembubaran DUN Perak disegerakan.

Menurutnya, sekarang adalah masa yang paling sesuai buat pimpinan BN membubarkan DUN Perak kerana telah menunggu sekian lama sehingga 7 kali pilihan raya kecil telah diadakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata seluruh rakyat negeri Perak telah pun mendesak supaya DUN Perak dibubarkan sejak 5 Februsri 2009.

"BN sudah menunggu lama dalam 7 pilihan raya kecil di Semenanjung namun semuanya memihak kepada pakatan Rakyat,

"sekali ini BN melakukan kejutan dengan mejoriti yang berganda di Bagan Pinang, oleh itu segerakan Bubarkan DUN Perak,"jelasnya.

Ahad lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN mengekalkan kemenangannya di kerusi Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang meraih 2,578 undi, manakala undi rosak adalah 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI