Dzulfikar Mashoor Wed | Oct 07, 09 | 9:06:32 am MYT | |
TELOK KEMANG, 7 Okt: Seperti dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) turun bertemu rakyat bagi menjelaskan pengkhianatan Umno terhadap bahasa ibunda, di sini. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said malam tadi, menegaskan perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara. Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama - sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu. Bagaimanapun, usaha memansuhkan akta itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu. Beliau yang lebih dikenali khalayak sebagai Pak Samad berharap kempen GMP kali ini akan memberi impak yang lebih besar dalam kalangan rakyat. Beliau juga berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengetuai Kementerian Pelajaran agar kembali meletakkan bahasa Ibunda (bahasa Melayu) pada luhur perlembagaan. Mewakili Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad, Hasni telah menghantar surat janji temu kepada Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jentera Umno BN, di sini. Selebihnya, terpulanglah kepada Timbalan Perdana Menteri itu untuk membuat perhitungan. Jika PPSMi tidak dimansuhkan serta-merta, beliau berharap pengundi N31 sekali lagi memberi pengajaran pada parti pemerintah; sama seperti beberapa pilihanraya kecil Lalu. Ditanya tentang mekanisma kempen kali ini, Husni berkata,fokus GMP adalah rakyat Melayu luar bandar. Dalam perkembangan berkaitan, didapati calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing masih tidak menyentuh isu nasional itu, dalam siri-siri kempen mereka. Pun begitu, kempen GMP yang dilaporkan bermula semalam, dijangka sedikit banyaknya mengganggu emosi 66 peratus pengundi Melayu, di sini. Keputusan kabinet Julai lalu, memansuhkan akta itu secara berperingkat sehingga 2012 ini nampaknya masih meletakkan Umno BN terus dalam tanggapan bersalah. - mks. Sila hantar komen untuk berita di atas ke: urespons@gmail.com _______________________ KOMEN PEMBACA _______________________ 1. Inilah pembelot dan pengkhianat bangsa...sapa lagi kalau bukan puak-puak umno-bn...terbukti masa depan anak-anak bangsa hancur akibat dasar yang tak relevan. - teropong jauh, shah alam. 2. Miinta PAS SAMAD kempen terus di pentas PR...minta umno-bn tunaikan janji. - ajit, kulai. 3. ini semua taktik-taktit yahudi israel yang nak hapus islam dengan menjahanamkan bangsa yang dominan kuasai/anuti islam disesebuah negara. -jali, kanpus sintok._ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, Oktober 07, 2009
Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!
Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI