Bashir Ishak Fri | Oct 09, 09 | 10:46:24 am MYT | |
ALOR SETAR, 9 Okt: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah berhasrat menjadikan negeri ini sebagai sifar setinggan. Katanya, dua bandar utama iaitu Alor Setar dan Sungai Petani akan dijadikan bandar sifar setinggan memandangkan kawasan-kawasan yang terbabit tidak mempunyai kemudahan yang baik selain mempunyai masalah keselamatan, kesihataan serta sosial. "Selepas kebakaran di Kampung Kilat yang menyebabkan kematian dua orang kana-kanak baru-baru ini, kerajaan akan mengatasi masalah setinggan bandar di dua bandar utama iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani. "Di Alor Setar umpamanya, kita mengenalpasti kawasan-kawasan seperti di Kampung Kilat dan sepanjang sungai di Kuala Kedah sepertiKampung Tok Pasai, Kampung Ulu dan Kampung Tengah,"katanya. Untuk tujuan itu jelasnya, syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) akan diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi membina rumah kos rendah untuk penempatan semula penduduk setinggan. Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pihak pemaju perumahan yang tidak mahu membina rumah kos rendah kerana ini adalah sebahagian dari tanggung jawab sosial mereka. "Kalau mereka tak mahu buat, kita tak akan bagi lagi projek kepada mereka kerana ini merupakan tanggunngjawab sosial mereka. Kiita tak mau lagi tengok rakyat menderita. "Hari ini kita bercakap tentang industri perumahan untuk memajukan Kedah tapi dalam masa sama kita melupakan rakyat yang kurang bernasib baik, yang miskin yang tidak mendapat tempat tinggal yang selesa. Kita akan memberikan rumah kos rendah ini kepada golongan yang berhak tanpa mengira kaum atau pegangan politik," jelasnya kepada pemberita selepas mempenegrusikan mesyaurat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini baru-baru ini. _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Oktober 09, 2009
Kerajaan PR Kedah sasar setinggan sifar
Kerajaan PR Kedah sasar setinggan sifar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI