Hazayani Zakaria Fri | Oct 30, 09 | 2:32:53 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan meminta kerajaan memanjangkan tempoh pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM6,000 kepada penduduk bagi membeli unit flat di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Ini kerana tempoh seminggu yang diberikan kepada penduduk untuk membuat proses pembelian rumah berkenaan dilihat terlalu singkat. Dalam satu sidang media oleh ahli parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali, ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, mereka juga mahu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil kira kekangan yang dihadapi penduduk untuk memiliki rumah PPR kerana kebanyakan mereka tidak berkemampuan. Menurut Dr. Lo' Lo', penduduk hanya dibenarkan membuat pinjaman melalui bank conventional untuk bayaran jual beli tersebut dan sudah tentu ia akan membebankan penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya. "Mereka perlu cari dana dari bank swasta untuk belo rumah PPR. Harga akan meningkat kepada RM70 ribu sehingga RM80 ribu.Kebanyakan penduduk ialah warga emas, OKU, dan ibu tunggal. Apakah mereka akan diketepikan," ujarnya. "Ini tidak menepati draf Kuala Lumpur 2020 bahawa akan ada percampuran penduduk daripada golongan elit, sederhana dan gologan bawahan." ujarnya lagi. Tian Chua pula berkata, penduduk masih tidak jelas dengan penerangan yang diberikan oleh pihak kementerian memandangkan ia hanya dibuat sekali dan tidak memberi peluang kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga tidak dijemput untuk mendengar taklimat itu dan membincangkan pro dan kontra rancangan berkenaan. "Kita curiga proposal pembelian rumah hanya diumumkan sebulan yang lalu.Kemudian kerajaan tergesa-gesa memaksa penduduk beli (rumah PPR) dan tidak memberi masa kepada penduduk penduduk dan wakil rakyat untuk duduk berbincang," katanya. Beliau turut mempersoal keadaan penduduk yang tidak mahu membeli rumah tersebut. "Saya khuatir, selepas penjualan ini apa akan berlaku? Penduduk yang tidak mahu beli, adakah mereka masih berhak tinggal di rumah tersebut?" soalnya. Sementra itu, Nurul Izzah pula berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada penduduk di kawasannya yang tidak mampu untuk membeli rumah tersebut. Ini kerana harga satu unit flat iaitu RM35,000 belum termasuk dengan kos lain sebanyak RM5920, menjadikan harga keseluruhan ialah RM40,920. Rebat yang diberikan sebanyak RM2500 untuk setiap unit rumah bagi membolehkan penduduk membaik pulih rumah berkenaan juga tidak memadai. "Bila diadukan kepada Menteri, jawapan yang diberi, penduduk harus bersyukur dengan apa yang diberi.jangan minta lebih-lebih." katanya. Ketiga-tiga ahli parlimen tersebut menyeru kerajaan memikirkan kemampuan rakyat memandangkan PPR ialah satu projek yang bertanggungjawab terhadap golongan kurang berkemampuan. 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 29, 562 unit PPR di bawah seliaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di 20 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM35,000. Namun penduduk mendakwa mereka tidak diberikan penerangan yang jelas berkenaan proses jual beli dan prosedur yang harus dilakukan bagi mereka yang tidak mahu membeli rumah berkenaan sebaliknya ingin terus menyewa._ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Oktober 30, 2009
Kerajaan diminta lanjut tempoh permohonan miliki flat PPR
Kerajaan diminta lanjut tempoh permohonan miliki flat PPR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI