| Harakahdaily Wed | Oct 14, 09 | 10:03:09 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 14 Okt:PAS akan melakukan post-mortem dengan segera bagi meneliti segala aspek untuk menilai kegagalan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang. Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pelbagai komen, analisa dan cadangan yang diterima oleh PAS ketika ini akan diteliti untuk melihat punca kegagalan PAS dalam pilihan raya berkenaan. "Apa yang pasti ialah PAS akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek � politik tempatan dan nasional � untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN. "Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan," jelasnya dalam satu kenyataan daripada Syria melalui setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri hari ini. Tambahnya, semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti. "Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka. "PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN. Hakikatnya ialah kita menyertai pilihan raya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan," jelasnya lagi. Beliau juga melahirkan penghargaan kepada semua pengundi kerana masih lagi memberikan kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya berkenaan. "Walau apapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihan raya kecil ini,"katanya. Sila hantar komen untuk berita di atas di: urespons@gmail.com _________________________ KOMEN PEMBACA _________________________ 1. Disarankan 'think tank' PAS jangan hanya mendengar komen dan analisa di kalnagan pimpinan tetapi juga menilai pandangan rakyat bawahan melalui media seperti Harakah, Harakahdaily, blog dsb. -teropong jauh, shah alam. 2. Tuan, berikut dikenalpasti beberapa punca PAS kalah di Bagan Pinang: i)Calon PAS kurang Popular,banyak yang tidak mengenali beliau. 3. Pandangan saya: 4. Salam. Elok juga bermuhasabah selepas kekalahan. Ada hikmahnya tewas kerana sekurang - kurangnya semua pihak di dalam parti akan terus berkerja. Mudah - mudahan kita akan sedar dari lamunan. Wassalam. -BUDAK LARKIN. 5. Pandangan saya kekalahan PAS: 1. Rakyat masih boleh menerima UMNO. 6. Salam,Sedikit komen membina untuk parti PAS: 1. Untuk next election (no matter which DUN/Parlimen) jgn mulakan provokasi terhadap parti lawan, tangani setiap provokasi pihak lawan dgn bijak dan berilmiah. 2. Seperti komen an.mohd, guna pakai strategi yang berlainan di setiap kawasan/negeri kubu kuat jentera pihak lawan (sekadar peringatan semula) 3. Hormati pihak lawan, lebih guna perang psikologi berbanding perang botol dan parang. Jentera pilihanraya di nasihatkan supaya lebih peka dengan isu provokasi pihak lawan tetapi bukan atasinya dengan provokasi semula atau peperangan. Tunjukkan sifat yang murni dan baik untuk pihak lawan berasa hormat sehingga pihak lawan berasa segan dan malu untuk terus berprovokasi. Seperti yang diamalkan oleh Rasullulah dalam berdakwah (Why not kita contohi baginda?) 4. Sememangnye pihak lawan sanggup buat apa sahaja untuk menang (fitnah & janji palsu) tetapi JANGAN SEKALI KALI SAMPAIKAN PADA MANA-MANA PENGUNDI TENTANG KEBURUKAN PIHAK LAWAN. Ape yang perlu disampaikan ialah cuma menyatakan harapan sokongan dari mereka dan akan melakukan yang terbaik samada dari segi pembangunan dan ekonomi kawasan terbabit. Pengundi kini semakin bijak. Pihak lawan fitnah kita atau berkata buruk tentang kita tetapi kita bersikap sebaliknya, Pengundi akan menilai siapa yang buruk sebenarnya (what comes around goes around). Berpolitik lah dengan jujur. |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, Oktober 14, 2009
Kalah di Bagan Pinang, 'PAS akan post mortem'
Kalah di Bagan Pinang, 'PAS akan post mortem'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI