| Nazri Abdullah Sat | Oct 03, 09 | 4:21:54 pm MYT | |
| TELUK KEMANG, 3 Okt: Sekumpulan jurugambar terjatuh akibat ditolak pengawal peribadi calon BN, Tan Sri Isa Samad sewaktu cuba merakam gambar beliau. Sewaktu perarakan calon BN pagi tadi, jurugambar berkenaan bersedia di kawasan cerun bukit mananti ketibaan rombongan perarakan calon BN tersebut. Mereka mendakwa telah dirempuh oleh rombongan penyokong BN diketuai sekumpulan pengawal Isa yang datang dari arah atas bukit. "Kami semua berbaris di kawasan bawah bukit menunggu mereka (perarakan BN) tiba. "Bila mereka sampai, yang depan terus rempuh kami sampai terjatuh," cerita seorang jurufoto akhbar Siasah kepada kami. Namun apa yang dikesali, kesemua mereka seolah olah tidak menghormati langsung petugas media yang ingin manjalankan tugas mereka. Selain ditolak dengan kasar, para jurufoto berkenaan turut dihembur dengan maki hamun oleh sebahagian pengawal berkenaan. Berikutan kekasaran itu, beberpa orang jurufoto berkenaan tampil melawan mempertahan hak mereka. Pertengkaran dan pergelutan itu bagaimanapun berjaya dikawal orang ramai. "Kami sampai menjerit minta mereka jangan tolak kami, tapi mereka tak peduli," katanya lagi. Pada sesi penamaan calon pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mengesahkan hanya calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Isa Samad bertanding bagi merebut kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Dianggarkan lebih 10 ribu penyokong pakatan menyertai perarakan calon pagi tadi._ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Ahad, Oktober 04, 2009
Jurugambar berang, dihalang rakam gambar Isa
Jurugambar berang, dihalang rakam gambar Isa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI