| Abdul Aziz Ismail Sun | Oct 18, 09 | 9:59:35 am MYT | |
| ANALISIS Keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA menunjukkan para perwakilan menolak kedua pemimpin yang bertelagah dan inginkan pemimpin baharu menerajui MCA.
Tiga resolusi yang dikemukakan pada EGM yang dihadiri 2,304 perwakilan itu tidak memihak kepada presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat mahupun bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Resolusi undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ong mendapat sokongan 1,155 perwakilan dan 1,341 lagi menolak usul tersebut. Chua walau bagaimanapun masih bernasib baik apabila perwaklilan bersetuju meluluskan resolusi kedua iaitu membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA pada 26 Ogos lalu untuk mencadangkan jawatankuasa disiplin parti sama ada memecat atau menggantung keahliannya. Resolusi kedua itu diluluskan dengan majoriti 109 undi selepas 1,204 perwakilan pusat menyokong manakala 1,095 lagi menolaknya. Namun, Chua gagal memdapat kembali kerusi timbalan presiden apabila para perwakilan tidak meluluskan resolusi ketiga, iatu jawatan itu dikembalikan kepadanya. Seramai 1,184 perwakilan pusat menolak resolusi tersebut manakala 1,110 menyokongnya dengan 10 undi rosak. Pendapat kumpulan �pihak ketiga� atau disebut�kumpulan berkecuali� yang ingin melihat keputusan EGM supaya tidak memihak kedua-dua pemimpin yang bertelagah menjadi kenyataan. Jurucakap kumpulan itu, Datuk Tan Kah Choun berpendapat, keputusan EGM itu membuktikan keinginan perwakilan pusat yang mahukan kepimpinan baru dalam parti. Dengan episod terbaharu yang melanda MCA ekoran keputusan EGM itu, ramai pemerhati dan penganalisis politik bersetuju supaya satu pemilihan pemimpin baharu patut segera diadakan. Tokoh sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, keputusan EGM menjelaskan para perwakilan tidak lagi percaya terhadap kepimpinan Ong dan bekas timbalannya. Menurut beliau, perwakilan mahukan pemimpin yang lebih berkeliber dan boleh dipercayai menerajui parti. Katanya, iktibar yang boleh dipelajari dari episod yang sudah berlaku ialah calon-calon yang ingin menjawat jawatan tertinggi dalam parti harus mengutamakan kepentingan parti dan bukan bergaduh sesama sendiri bagi mencapai agenda masing-masing. Senario yang sudah berlaku memberi tamparan hebat kepada Ong sebagai presiden parti yang lemah dan bermasalah selepas pemecatan Chua sebagai timbalan presiden. Keterlibatan beliau dengan dakwaan menerima sogokan RM10,000 seperti yang dibangkitkan AP Bentulu menjejas teruk imej beliau disamping isu PKFZ yang terus mengheret beliau dalam krisis keyakinan di kalangan ahli MCA. Walaupun baharu memimpin MCA lebih setahun, kredibilti Ong sudah dipertikai hebat oleh ahli parti dan kelihatan sukar dipulihkan kembali kecuali beliau dipilih semula dalam satu pemilihan baru yang dipersetujui. Dalam perkembangan terkini - untuk terus memegang terus jawatan presiden - Ong mendesak jawatankuasa pusat mengadakan EGM sekali lagi bersama mesyuarat tahunan bagi memlih barisan pimpinan yang baru. Ong yang sebelum ini diramal akan menawarkan diri berundur setelah keputusan EGM tidak memihaknya, membuat langkah drastik itu dengan alasan banyak tugas dan visi yang belum beliau diselesaikan dan menyerahkan perwakilan sekali lagi memilihnya untuk meneruskan agendanya. Jawatankuasa pusat yang bermesyuarat bersetuju melantik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden menggantikan Chua - walaupun dari sudut moralnya ia belum mendapat mandat perwakilan. Keputusan terbaru itu pasti tidak memihak kem Chua yang mahukan Ong berundur dan bukan mendesak dipilih semula selepas kalah dalam undi tidak percaya terhadap kempimpinannya. Ong mendakwa masih mendapat sokongan para perwakilan. Sebuah laman web malaysiansagainstcorruption.com menyokong Ong supaya mempertahan jawatannya. Menurut laman itu, Ong tewas dalam EGM itu kepada mereka yang tidak bersetuju dan menentang usaha gigih beliau menghapuskan rasuah dalam kerajaan dan komuniti. Ong dikatakan tidak mendapat sokongan yang sepatutnya dari pihak tertentu yang tidak inginkan beliau meneruskan pendedahan isu PKFZ kepada umum. Bekas setiuasaha agung MCA, Datuk Tan Tiong Hong dan lapan ketua pertubuhan Keturunan Asal Cina yang berpengaruh menggesa Ong terus kekal sebagai presiden kerana beliau memperoleh 60 peratus undi dari perwakilan MCA. Menurut statistik undian pendapat yang dilakukan Merdeka Center, Tan berpendapat Ong tidak perlu mengikut emosi untuk meletak jawatan sekalipun mendapat undi tidak percaya dari ahli perwakilan. Katanya, Ong tidak perlu risau undi tidak percaya 0.6 peratus yang diterimanya adalah amat kecil berbanding lebih sokongan 60 peratus ahli yang masih menyokongnya. Tan menambah, Ong masih mendapat dokongan majoriti masyarakat Cina kerana beliau berani bertindak dan tahan tekanan pelbagai pihak yang menentang agenda perjuangananya. Beliau menyeru jawatankuasa pusat memilih semula Ong supaya beliau dapat menyempurnakan visinya dan MCA tidak terjerumus dalam krisis yang lebih buruk. Kesediaan Ong mempertahan jawatannya boleh menambahsulit lagi krisis MCA. Ini kerana penyokong Chua dan �pihak ketiga� pasti membantah kerana keputusan EGM lalu sudah membuktikan kepimpinan Ong sudah ditolak dan beliau perlu berundur. Walapun Ong tewas 14 undi, beliau sudah dianggap kalah walaupun dengan jumlah yang amat kecil; 0.6 peratus. Soalnya, bukan undi yang kecil, tetapi apa yang sudah berlaku ialah majoriti para perwakilan sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau dan hakikat ini harus diterimanya dengan lapang dada demi kepentingan parti. Penyokong Chua boleh mempertikai hal yang serupa. Mereka juga boleh mendakwa ketuanya tewas tipis dan berhak mendapat perhatian serta layak bertanding. Mereka sudah mempertikai keikhlasan Ong untuk terus memimpin kerana sebelum ini beliau sudah berikrar akan berundur secara sukarela jika hilang sokongan. Penyokong Chua mendakwa bossnya masih mendapat sokongan lebih dua pertiga dan layak bertanding. Namun, Chua mengambil sikap realistik apabila menerima muktamad keputusan EGM dan bakal berundur dari jawatan nombor dua parti tanpa cuba bertanding semula. Andaian lain menyebut, apa yang berlaku sebenarnya bukan sekedar pertarungan antara Ong dengan Chua. Ia ada kena mengena dengan kumpulan oportunis tertentu yang sengaja mengekpolit situasi yang berlaku untuk merebut kuasa. Kumpulan ini disebut �kuasa ketiga� yang sengaja mempengaruhi perwakilan mengambil sikap berkecuali dan tidak menyokong Ong atau Chua. Kumpulan ini mengatur situasi supaya ahli perwakilan menolak kedua pemimpin itu dengan mengeruhkan suasana di antara kem Ong dan Chua. Kumpulan ini membawa mesej membentuk kepimpinan baru yang boleh membawa kesetabilan dalam parti walapun cita-cita sebenar mereka lebih kepada merebut jawatan tertinggi dalam parti selepas berundurnya Ong dan Chua. Sungguhpun andaian ini masih bersifat ramalan dan sukar diterima, tetapi situasi yang sudah berlaku tidak menolak kemungkinan itu. Dan sikap kumpulan ini kelihatan wajar dalam konteks menamatakan secara total kemelut sebenar kepimpinan MCA. Tidak ada guna ada ketua yang mendapat sokongan separuh perwakilan sementara separuh lagi mengambil bersikap berkecuali dan menentang dalam senyap ibarat api dalam sekam. Jalan penyelesaian lebih praktikal dan boleh diterima barangkali ialah dengan berundurnya Ong dari jawatannya dan membiarkan ahli MCA bersatu semula dalam kepimpinan baru yang tidak bermasalah. _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Ahad, Oktober 18, 2009
EGM MCA: Pilih pemimpin baharu lebih praktikal
EGM MCA: Pilih pemimpin baharu lebih praktikal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI