Harakahdaily Fri | Oct 30, 09 | 10:34:44 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Bapa mangsa jambatan runtuh program perkhemahan 1 Malaysia, T. Nathan tidak meninggal sebagaimana yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini.
Beliau hanya selalu pengsan dan tidak lalu makan dan minum akibat kesedihan amat sangat. Beliau juga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip yang dipasangkan pada lengannya. Sehubungan itu, Harakahdaily memohon maaf kepada keluarga T Nathan dan pembaca akibat salah lapor ini. Petang semalam Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husein, Timbalan Pesuruhjaya PAS Ustaz Mustapa Shaari dengan beberapa pimpinan PAS Kampar telah melawat keluarga mangsa di Mambang Diawan, Kampar. Mereka mengesahkan yang T. Nathan tidak meninggal dunia sebagaimana yang dilaporkan. T. Nathan dilaporkan sihat, boleh bercakap dan melahirkan rasa kesal di atas kejadian tersebut, dan mahu pihak terbabit bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku ke atas anaknya. Pimpinan PAS juga turut melawat keluarga mangsa lain yang turut terkorban kerana insiden tersebut.
Dalam kejadian ini, 22 kanak-kanak jatuh selepas jambatan gantung yang baru seminggu dibina itu runtuh. Tiga mangsa telah meninggal dunia termasuk anak T. Nanthan, N. Dina Deve, 11 tahun. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah melawat tempat kejadian bersama Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan MB Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jumaat, Oktober 30, 2009
Bapa mangsa jambatan runtuh tidak meninggal
Bapa mangsa jambatan runtuh tidak meninggal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI