Ahad, Oktober 18, 2009

BANTAH mahu KPT serius jawab tuntutan

BANTAH mahu KPT serius jawab tuntutan
Nazri Abdullah
Sun | Oct 18, 09 | 5:30:30 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) mendakwa akan menggunakan pelbagai kaedah sehingga Kementerian Pengajian Tinggi akur pada tuntutan mereka bagi memansuhkan perlaksanaan sistem pengundian elektronik 'e-undi' pada pilihan raya kampus akan datang.

Ianya berikutan tiada sebarang maklumbalas dari Menteri KPT, Datuk Khaled Nordin berhubung satu memorandum yang diserahkan mereka 11 Oktober lalu pada satu majlis di Universiti Putra Malaysia.

ImageDalam pertemuan itu, Khaled didakwa tidak mahu memberi jawapan spontan kepada BANTAH dan meminta untuk meneliti terlebih dahulu memorandum tersebut sebelum memberi maklum balas.

Ekoran itu BANTAH, telah memberi tempoh 3 hari sehingga hari ini untuk Khaled memberi apa-apa keputusan. Namun sehingga hari ini dimaklumkan pihak mereka belum menerima apa-apa jawapan.

Memetik kenyataan pengerusi dan koordinator BANTAH, Mohd Aizat Saleh semalam meminta Khaled memberi jawapan segera dan tidak mungkir janji.

"(Datuk) Khaled Nordin mesti beri jawapan beliau tentang e-voting esok (hari ini) dan jangan mungkir janji," katanya seperti dilapor laman web Mahasiswakini.

"Kami sudah menjalankan kajian, perbincangan bersama pakar dan perbandingan sistem e-undi di kampus-kampus lain seperti UIA dan MMU, secara dasarnya ketidaktelusan sememangnya wujud dan boleh dimanipulasi," Aizat dilapor berkata lagi.

ImageManakala menurut laman web itu juga, BANTAH akan terus memberi tekanan kepada KPT dengan pelbagai cara sehingga tuntutan mereka dilayan.

Mereka juga didakwa bersedia menyediakan pentas kepada Khaled untuk berdebat berhubung isu tersebut dan tidak mahu menteri itu main-main terhadap tuntutan mereka.

'Kami akan panggil Khaled berdebat jika beliau masih tidur-tidur," kata Aizat lagi.

BANTAH disertai lebih 18 organisasi mahasiswa seluruh negara memperjuangkan supaya sistem penggundian elektronik E-Undi bagi pilihanraya kampus (PRK) akan datang dimansuhkan..

Difahamkan sehingga hari ini, tarikh sebenar PRK belum lagi diketahui. Malah ada diantara mereka berpendapat, kemungkinan besar PRK kali ini akan diadakan Januari tahun hadapan.

Ianya juga dikatakan sebagai memberi tempoh kepada persediaan untuk perlaksanaan e-undi. _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI