Sabtu, September 05, 2009

Pesta Ramadhan di Kelantan

Pesta Ramadhan di Kelantan
Fathilah Atqa
Sat | Sep 05, 09 | 11:16:19 am MYT
KOTA BHARU, 5 Sept: Kalau sebelum ini, apabila Ramadhan menjelma kerajaan negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan negeri Serambi Mekah meriah dengan program ihya' Ramadhan, pada kali ini ianya semakin izzah dengan program berbentuk pesta yang dinamakan sebagai Qaryah Ramadhan.

Program ini disiarkan secara langsung menerusi web www.qaryahramadhan.com hasil inisiatif KelantanTV, sebuah pasukan IT dan Penerangan PAS Kelantan.

Bagi memastikan siaran tersebut ditayangkan secara terus menerus, seramai lima tenaga kerja bertugas sepanjang Ramadhan ini bagi merakamkan program penting itu.

Mereka juga menyiarkan program-program yang diadakan seawal petang yakni 'di ambang ifthor' seperti kuiz, pelbagai bentuk pertandingan sehingga program berbentuk forum dan muzakarah ilmiah seperti nuzul quran dan badar qubra.

Setakat ini, respon yang diterima sangat menggalakkan khususnya pembaca yang berada di luar negara yang sedang mengikuti perkembangan sambutan Ramadhan di Malaysia, khususnya di Kelantan.

Menurut pengendali web berkenaan, Mohd Riduan Ilias, solat sunat Aidilfitri juga akan ditayangkan secara live daripada Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-4.

ImageInisiatif web tersebut adalah untuk memberi peluang masyarakat di luar Kelantan khususnya untuk mengetahui mekanisme sambutan Ramadhan di negeri itu yang ditadbir PAS sejak 19 tahun yang lalu. _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI