Harakahdaily Sun | Sep 06, 09 | 4:27:40 pm MYT | |
SHAH ALAM, 6 Sept: Kerajaan Negeri Selangor telah memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk membatalkan satu pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.
Afidavit tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Afidavit ini adalah tindakan balas kerajaan negeri ekoran tindakan yang dibuat oleh Peguam Negara memohon mahkamah memutuskan tindakan kerajaan negeri melalui pekelilingnya tidak sah dan batal. Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor melalui Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluarkan pekeliling kepada semua kakitangannya mengenai prosedur siasatan oleh SPRM. Antara pekeliling itu adalah mengarahkan agar kakitangan kerajaan negeri hanya melayan pegawai SPRM di waktu pejabat dan dipejabat mereka sahaja serta dengan kehadiran peguam. Ekoran itu, Peguam Negara telah memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membatalkan pekeliling itu. Afidavit setebal 55 mukasurat antara lain menyatakan bahawa pekeliling bertarikh 28 Julai 2008 telah dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Penasihat Undang Undang Negeri dan dikeluarkan bagi tujuan untuk membantu siasatan SPRM dan bukan sebaliknya. Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu juga telah berkata, dalam afidavit tersebut bahawa Peguam Negara tidak mempunyai hak memulakan prosiding (locus standi) untuk memfailkan permohonan tersebut kerana pekeliling tersebut hanya berkait langsung dengan SPRM, sebuah badan berkanun, dan bukan Peguan Negara. Afidavit tersebut juga memperincikan kacau ganggu yang dilakukan oleh SPRM terhadap pentadbiran Negeri Selangor dan bahawa kaedah siasatan yang diguna pakai oleh SPRM tidak mengikut lunas undang-undang seperti siasatan melalui panggilan telefon tanpa notis, kunjungan mengejut tanpa pengenalan diri, tuntutan dokumen tanpa notis dan soal siasat saksi yang kadang kala menjangkau tempoh lewat malam. Menteri Besar juga menyatakan bahawa pekeliling itu tidak mencabar peruntukan siasatan SPRM, tetapi sebenarnya peruntukan di dalam Akta SPRM itu yang mencabar peruntukan perlembagaan yang menekankan hak kehidupan dan kebebasan (right to life and liberty), hak untuk mendapat khidmat guaman pilihan (right to counsel of choice) dan hak kesamarataan (right to equality). |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Isnin, September 07, 2009
MB Selangor fail afidavit tolak saman Peguam Negara
MB Selangor fail afidavit tolak saman Peguam Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI