Abdul Aziz Mustafa Wed | Sep 02, 09 | 8:59:34 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 2 Sept: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu," kata beliau. Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya. "Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0. "Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia, katanya. "Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya. "Amat malang bagi demokrasi negara ini apabila SPR menjadi watak kartun untuk menemani Umno yang menggeletar ketakutan untuk menghadapi pilihan raya dan kuasa rakyat," katanya. Mahfuz menyifatkan SPR sengaja mencari-cari alasan apabila mendakwa bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh kerana beliau tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza dan bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama. "Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama," kata beliau. Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang. Sepatutnya, kata beliau, Umno yang mencabar keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukannya SPR pula yang menjadi mahkamah yang mentafsir dan membuat keputusan sebelah pihak. Mengenai surat cuti sakit ADUN Kota Seputeh ayang diterima oleh SPR, Mahfuz mempersoalkan keengganan SPR menyiasat surat cuti sakit itu. "Adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit? Sedangkan, akhbar Sinar Harian edisi tempatan melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu," beliau mempersoalkan. Mahfuz mempersoalkan mengapa SPR tidak mengambilkira persetujuan Speaker untuk membolehkan seseoran ADUN tidak menghadiri sidang DUN. "Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN," katanya. Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno yang hilang keanggotaannya di dalam dewan itu. Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu. Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Seputeh selama empat penggal berturut-turut. ____________________ KOMEN PEMBACA ____________________ 1. Bukan hanya kalah kini tetapi Umno akan terus kalah selamanya. - Bob,Gombak. 2. SPR jelas boneka Umno dan bn takut nak buat pilihan raya...agak-agak kalau PR mesti dah ada pilihan raya. - Pak Ngah,Taiping. 3. Bukan boneka Pak ngah oiiii...tapi badut jugaaaaa....hahahah. - Badut Sarkas,Jempol. 4. Awas Pakatan Rakyat...Kota Seputih tak penting buat BN, tapi Selangor...kini semua muncung senapang sedang terarah ke Selangor...jangan leka dengan lawak-lawak yang dibuat SPR itu. - Teropong Jauh, Shah Alam. 5. Apa yang diputar belit oleh SPR mengenai Kota Siputeh adalah tipu belaka sengaja nak mengelak bersemuka dengan pemilihan raya. - Simon Khor, SUK. 6. hMMMM...itu sidang DUN....kalau parlimen camna? kalau tengok TV selalu banyak kosong, PR tak nak buat memorandum ka hantar kat speaker...SPR...sebab nampak cam pak-pak menteri selalu tak masuk dewan.Camna YB Mahfuz???? - Dok Tengok TV,Bangsar. 7. Assalamualaikum.... SPR tu bukan boneka tapi sama macam SPRM dan PDRM...salah satu component BN.... -Bedul Latip, Kelana Jaya. 8. Kepd Speaker Dun Kedah,' Dalam sidang yang akan datang,jangan benarkan Adun ponteng ni masuk dewan, arahkan dia agar besidang dipejabat SPR. Biar dia bersidang dengan Aziz pengerusi SPR. - wan,aloq staq. 9. Nak tergelak aku dgn SPR ni..mcm mcm alasan bagi ..nampak sangat takut UMNO kalah.. Aku agak, lepas ni jika ada calon BN meninggal, SPR akan buat mengesahan dulu.. nanti SPR buat keputusan mcm ni '' Calon ni belum meninggal lagi..hanya pensan je,,tak perlu pilihanraya"..apa macam.!!!!!! haru..haru. - EX SPR,Putrajaya. 10. Harap DS Menteri Besar mengadap YM Sultan Kedah dan minta perkenan untuk membawa SPR ke mahkamah. Moga dengan perkenan tuanku sultan, rakyat mendapat keyakinan utuh untuk berdepan dengan UmnoBN maha haprak ini. UmnoBn memalukan orang melayu dengan sikap-sikap buruk ini. Kami warga Kodiang Lama akan menolak calon UmnoBN pada pilihanraya akan datang. - Ahmad Albab, Dungun. 11. Salam semua pembaca.. Umno sekarang ni seperti pengembala "lembu".. SPR,SPRM,PRDM, pula dah macam lembu kena cucuk hidung.. Umno semakin takut menghadapi kenyataan yang rakyat menolak mereka.. so terpaksa gunakan "lembu-lembu" ni untuk kepentingan politik depa.. Memang makin licin kepala PM kita nk fikir macam mana nk pertahankan Umno dalam PRU 13 nanti.HIDUP PR! -ADAM77, AIR MOLEK MELAKA. 12. Salam semua pembaca. Mengenai SPR mengumumkan tiada kekosongan di dun kota seputeh tak lain tak bukan lawak antarabangsa yang pastinya kalau masuk audition RAJA LAWAK sure juara tapi mesti la guna nama kumpulan SPR sure nabil pun hilang kepopularannya - bobo,Batu Pahat. (Harakahdaily kini akan menyiarkan respon pembaca terhadap semua berita yang tersiar. Sebarang respons untuk berita ini sila alamatkan ke: urespons@gmail.comurespons@gmail.com agar dapat disiarkan) _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, September 02, 2009
Kota Seputeh: Umno kalah 8-0
Kota Seputeh: Umno kalah 8-0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI