Nazri Abdullah Wed | Sep 02, 09 | 8:08:23 am MYT | |
[KEMASKINI]: IPOH, 2 Sept: Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan. Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan. Belum sempat memasuki 30 meter kawasan larangan ke Bangunan SUK pagi ini, tiga ADUN, dua orang awam dan seorang jurugambar telah pun ditangkap. Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh. Manakala jurugambar dari Nanyang Siang Pau, Stanley adalah yang paling awal ditangkap. Ekoran halangan yang diterima itu, mereka akan mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage jam 11.30 pagi ini. Terdahulu kesemua ADUN berkumpul di Wisama DAP bagi sesi taklimat dan perbincangan tertutup sebelum turun untuk menuju ke Bangunan SUK melalui Jalan Istana. Mengetuai perarakan ADUN tersebut adalah Yang DiPertua Speaker, V.Sivakumar, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato' Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Meng. Perarakan tersebut bagaimanapun dihalang oleh pihak polis kira-kira 15 meter dari pokok yang pernah digunakan untuk bersidang 3 Mac lalu. Tolak menolak berlaku apabila pihak polis langsung tidak memberi ruang kepada kesemua ADUN berkenaan memasuki kawasan larangan tersebut. Dalam aksi tolak menolak tersebut, ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham dengan menggunakan pembesar suara beberapa kali memberi penjelasan dan meminta tidak dihalang untuk menuju ke bangunan SUK. "Dalam perintah mahkamah ini menyebut, para penyokong tidak dibenarkan berkumpul dalam kawasan 30 meter dari bangunan SUK. Kami ADUN bukan penyokong," ujarnya sambil memegang salinan notis perintah mahkamah yang juga ditampal di beberapa bangunan berhampiran. Datuk Seri Nizar dalam pada itu turut meminta pihak polis agar tidak bertindak kasar terhadap ADUN memandangkan bulan puasa. Polis bagaimanapun tidak menghiraukan rayuan dan penjelasan mereka malah terus menambah anggota membuat kepungan menghalang pergerakan ADUN. Dalam kekalutan itu, disebelah belakang pihak polis pula muncul sekumpulan pemuda berbaju kuning bertulis "Daulat Tuanku" membuat provokasi dan ingin bertembung bagi menghalang ADUN daripada memasuki Bangunan SUK. Bagaimanapun kesemua mereka 'dijaga' pihak polis dengan baik dan kemudiannya diarah bersuarai secara baik. Tidak berpuas hati dengan layanan polis terhadap kumpulan tersebut, ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat mula mempertikai tindakan polis yang jelas dilihat berat sebelah. Ketika merakam aksi anggota kumpulan terbabit, jurugambar Nanyang Siang Pau, Stanley disentak kasar polis berpakaian biasa kerana didakwa manghalang tugas mereka. Stanley yang berang dengan tindakan itu bagaimanapun sempat membalas kata-kata polis berkenaan sebelum dia dijatuhkan ketanah, ditindih beberapa anggota dan kemudian ditangkap. "Saya pun buat kerja saya juga, kenapa you (polis) halang saya," balasnya agak berang pada waktu itu. Dalam kekalutan tersebut, nama Dato' Ngeh disebut beberapa kali oleh Ketua Polis Ipoh sebelum dia ditangkap kerana menggunakan pembesar suara. Pada masa yang sama, dua lagi ADUN, Chan Meng Kai dan Keshwinder ditangkap. Kesemua mereka yang ditangkap dibawa ke balai polis Sungai Senam. Melihat pergelutan itu, Nizar bagaimanapun mengarahkan kesemua ADUN bersurai menuju ke Wisma DAP bagi mengadakan sidang media. [VIDEO MENYUSUL] Pada sidang media tersebut, Sivakumar mengumumkan untuk mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage tengahari ini. "Kita tetap akan buat sidang DUN di Hotel Herritage jam 11.30 ini. Kita buat ditempat selain Dewan Negeri kerana keperluan," katanya. Dalam perkembangan lain, sejumlah anggota Perkida dikatakan mula berhimpun di perkarangan hotel berkenaan bagi menghalang ADUN bersidang. [8.00 pagi] Jalan Ke Bangunan SUK ditutup. Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini. Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana. Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini. Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk ke sekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan. Lebih 300 anggota polis dilihat berkawal di kedua dua pintu masuk ke bangunan tersebut termasuk yang berpakaian biasa. Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi. Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini. [Berita lanjut menyusul...] _______________________________________________ KOMEN PEMBACA _______________________________________________ 1. 300 anggota polis berkawal? Polis nak pergi perang ker? - Anak Perak,Manjoi. 2. SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT JOM KITA SERBU SUK...kita lihat sapa nak halang kuasa rakyat. Apa ingat depa angkut speaker keluar depa bole buat suka hati? - Panas Hati, Kuala Lumpur. 3. Sabar semua jangan marah-marah, ruangan komen ini disediakan untuk memberi pandangan tentang berita jangan masukkan emosi anda di sini. - Pembaca HarakahDAILY, Labuan. 4. Kejar yop kejar...ana nak kejar ke SUK sekarang nak tengok akan berlaku tak episod sidang bawah pokok. Sapa nak tumpang dari hala Lenggong ke Ipoh sepanjang jalan besar Kati boleh tumpang ana...van Lite Ace putih...percuma. Mari kita beri sokongan pada YB Nizar. Takbirrr! - Haji Dasuni, Lenggong. 5. Apasal korang takut sangat Pakatan Rakyat nak bersidang�Korang BN kalau bersidang kami tak pernah kacau pun�..kalau jantan moh join sekali. - Gayat,Kedah. 6. Inilah resam BN terdesak amat takut dimalukan terus menerus maltamat menghalalkan cara tak kira halal ke haram janji dapat kuasa. - Mat Fikir, Sg.Buloh. 7. Benci betullah aku dengan sikap pemimpin BN dan UMNO ni. Dulu saya penyokong kuat UMNO ketika mula-mula masuk ke Sabah, apa tidaknya segala informasi tak sampai kepada kami. Harga harakah kat sini pun melambung tinggi, mencacah RM5.00 senaskah. Hari semua maklumat dihujung jari. Penipuan pemimpin-pemimpin UMNO terbongkar. Orang Melayu di Sabah dah lama bencikan UMNO dan BN. Hanya PATI sahaja harapan BN untuk menang. Hadiah untuk Sabah dengan mempermudahkan permohonan kad pengenalan kononya yang diberikan Najib kepada rakyat Sabah, sebenarnya hanyalah taktik umntuk menghalalkan cara untuk menjadikan PATI warganegara. UMNO pengkhianat negara. Mereka melakukan apa sahaja cara untuk mengekalkan kuasa. Pemimpin-pemimpin UMNO dilihat terlalu kotor dan menjijikkan. Orang Melayu bawahan Sabah sudah lama membenci UMNO. - Mohd Fikri - Tenom Sabah. 8. Negara kita baru menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke-52,..kalaulah macamni cara pemerintahan negara,..entahlah,..tak rasa mcm merdeka laa.. asal perkara yang nak dibuat menyentuh dengan UMNO BN ni,..nmpak mcm nak perang cmtu,.. peliklaa,..saya pemuda umno pun nampak something wrong la dgn corak kepimpinan kerajaan ni,.. aduhhh..letih tengok,..patut saya tengok semakin ramai anak2 muda muak dgn UMNO BN ni. - Kamal,KL. 9. BN takut Kerajaan Haram Mereka di Perak Sekarang ini tidak berkuasa lagi.Kalau Sidang DUN diadakan sudah tentu pelbagai usul akan di kemukakan oleh ADUN-ADUN PR. - Aziz, Alor Gajah. 10. Betol komen anda tu...nape ler BN punya orang nie takut benar PR nak bersidang? Takut ke segala hati perut tu kena bongkar? Tapi walaupun macam mane...ALLAH SWT maha adil... tengok jer MCA sekarang...macam macam adaaa...terkeluar sendiri tao berita yang sensasi oleh rakan kompenan BN jugak. Berani kerana benar, takut kerana salah. Miri Sarawak. - Afran,PJS. 11. Salam semua.. sudah jadi lumrah sekarang ni PDRM,SPRM,SPR menjadi kuda tunggangan UMNO.. PDRM,SPRM,SPR dh macam lembu dicucuk hidung.. Ape yang UMNO cakap semua ikut... PDRM,SPRM,SPR ni dibayar gaji bukan untuk menjadi hamba kepada pengkianat bangsa(UMNO&BN).. tetapi dibayar gaji untuk bekerja secara adil dan saksama.. Smp 300 orang.. Suruh KPN panggil gangster je jaga bangunan SUK tu.. Hope PAKATAN RAKYAT boleh wat TSUNAMI lagi masa PRU13.. AMIN... AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR. - ADAM77,AYER MOLEK MELAKA. 12. UMNO parti melayu gila kuasa, gila harta, gila pangkat, gila nama. Walaupun rakyat jelas nampak UMNO ni dah gila tapi lagi dipandang gila, menjadi-jadi pulak gilanya. - budak ipoh. 13. Memandangkan berlaku provokasi daripada pihak PDRM dan Pekida adalah dipercayai BN terutama sekali Umno semakin terdesak bila mana mereka sendiri yang telah merampas kuasa secara salah di negeri Perak. Jika tidak, mengapa perlu ada provokasi sedemikian? Saya percaya PR akan kembali memerintah Perak dalam masa terdekat.Mungkin ini hanya ramalan, tetapi Kerajaan Perak yang sah adalah PR. - Izo Muiz,Selangor. 14. Kekejaman dan kezaliman UMNO/BN melangkaui undang-undang kerana ketika ini mereka yang berkuasa. Namun penguasa yang zalim tidak kekal selama-lamanya. Segala agensi kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat kini menjadi tunggangan UMNO/BN semata-mata. Untuk yang lepas di dunia, tetap tidak akan lepas di hadapan ALLAH nanti. Marilah bersama kita berdoa moga ALLAH menghapuskan segala kezaliman ini. "Ya ALLAH, hancurkanlah segala kekejaman dan kezaliman UMNO/BN, siramilah bumi Malaysia ini dengan keadilan dan kemakmuran dari kurniaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih".Amin. - Rakyat Malaysia,Puchong. 15. Walaupun Adun Pakatan Rakyat (ADR) dihalang bersidang kita harap mereka besabar terutama dibulan puasa ini. Baguslah cadangan bersidang di Hotel Herritage itu sebab perkar yang baik itu harus diteruskan. Apa yang ingin saya katakan sebenarnya adalah berkaitan dengan mereka-mereka yang zalim dan bongkak ini kerana sebenarnya kita amat bersimpati kepada mereka yang telah dikaburi dengan kemehawan dan tamakkan kuasa didunia ini iaitu kepada para polis, pegawai-pegawai kerajaan di SUK dan juga pemimpin UMNO dan BN ni bahawa ingatlah anda merupakan pemimpin yang memimpin orang bawah anda dari sekecil-kecil manusia sehingga yang berpelajaran atau berjawatan tinggi. Apa sahaja kemungkaran yang anda lakukan sebagai pemimpin pada hari ini akan dipersoalkan dan diadili dihadapan Allah swt nanti. Kekejaman dan ketamakkan kamu terutamanya anggota polis atau FRU walaupun atas arahan orang atasan tetap akan diadili nanti. Insaflah, pada bulan puasa ini sepatutnya kita perbanyakkan dengan ibadah dan memohon keampunan kepada Tuhan Yang Maha Esa bukan menzalimi orang lain, saya tak dapat membayangkan jika sekiranya anda sedang membuat kezaliman dengan membelasah dan menangkap orang yang telah diberi hak dan amanah untuk memimpin negeri dan negara sedangklan kamu menjadi penghalangnya lalu Allah swt dengan tiba-tiba mencabut nyawa kamu tanpa sempat bertaubat dan memohon maaf kepada orang ramai yang telah memilih pemimpin yang kamu zalimi itu....fikirkan bagaimana nasib kamu diakhirat nanti. -Mesry,Taiping. 16. Najib berusaha untuk memulihkan nama baik beliau di kaca mata dunia dgn melantik JJ sebagai duta bertaraf menteri, dengan berlakunya peristiwa sidang DUN Perak ini makin mencalarkan imjenya lagi. PDRM, SPRM dan SPR menjadi kuda tunggangan UMNO, semoga UMNO tumbang seperti LDP di Jepun. - addin77, Kuantan. (Harakahdaily kini akan menyiarkan respon pembaca terhadap semua berita yang tersiar. Sebarang respons untuk berita ini sila alamatkan ke: urespons@gmail.comurespons@gmail.com agar dapat disiarkan) _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Rabu, September 02, 2009
Dihalang bersidang, 6 ditangkap
Dihalang bersidang, 6 ditangkap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI