Isnin, Ogos 31, 2009

Sinar Bulan Ramadhan

Sinar Bulan Ramadhan

Sinar ramadhan menyeri lagi

Bulan rahmat bulan yang dinanti

Banyakkanlah amal dan bakti

Ramadhan dirahmati Ilahi

Bersyukur di ramadhan yang mulia

Kerana masih dipanjangkan usia

Mungkin nikmat dunia tak seberapa

Tak sama nikmat iman dan Islam

Tak semua orang dapat merasa

Iman dan islam paling berharga

Bukan mudah untuk mengawal nafsu

Ujian mendatang syaitan memburu

Bermujahadah melawan nafsu

Agar diterima amalanmu

Ini hanya ujian di dunia

Tak sama dengan di akhirat nanti

Bukan sekadar lapar dahaga

Tapi siksa pedih yang menanti

Bersabar dengan ujian dunia

Akan menanti balasan disyurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI