| Nyza Ayob dan Wan Nordin Sat | Aug 01, 09 | 5:56:41 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Kira-kira jam 5.15 petang tadi, pihak polis cuba memasuki Pejabat Agung PAS dipercayai bagi menahan beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat. Namun cubaan itu berjaya dipatahkan oleh anggota Unit Amal yang berkawal di Pejabat Agung PAS. Pada jam 5.20 lima trak FRU mengawal di pejabat tersebut, namun beberapa minit selepas gagal memasuki Pejabat Agung PAS, mereka beredar. Harakahdaily difahamkan, pimpinan utama Pakatan Rakyat masih berada di pejabat tersebut. Sementara di Maju Junction, polis masih bertempur dengan peserta himpunan, namun lebih ganas dengan mengejar serta melemparkan gas pemedih mata._ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Sabtu, Ogos 01, 2009
Percubaan polis masuk pejabat Agung PAS gagal!
Percubaan polis masuk pejabat Agung PAS gagal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI