Sabtu, Ogos 01, 2009

Mustahil mansuh ISA, BN semakin angkuh

Mustahil mansuh ISA, BN semakin angkuh
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Aug 01, 09 | 5:03:21 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kerajaan BN terus degil dan angkuh untuk pertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan kononnya ISA amat diperlukan bagi boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain.

Dalam satu kenyataan Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Dato' Zahid Hamidi menegaskan agak mustahil untuk memansuhkan ISA tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa, kata menteri pertahanan.

Katanya, negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain.

"Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negara-negara lain. Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu.

"Maka ia (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan," katanya selepas merasmikan kursus pidato politik anjuran Umno Cheras hari ini.

Hari ini, lebih 100 ribu rakyat berkumpul di pelbagai lokasi untuk menyampaikan Memorandum 10 Deklarasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong tetapi terhalang akibat kekangan polis yang ketat.

Semua jalan utama menuju Istana Negara di tutup, dan para penyokong Anti-ISA disuraikan dengan bedilan gas pemedih mata dan semburan air berasid di Masjid Negara dan Sogo tengahari tadi.

Bagaimanapun, pada sidang media Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi berkata GMI danm rakyat akan terus mendesak pihak kerajaan memansuhkan ISA dan 10 Deklarasi ISA akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam pasa yang terdekat.- tmj_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI