| Zaili Muhammad Foto Wan Zahari Wan Salleh Tue | Jul 21, 09 | 9:32:53 am MYT | |
| MELAKA, 21 Julai (Hrkh) - Orang-ramai dari pelbagai lapisan masyarakat mula berhimpun di depan rumah keluarga Teoh Beng Hock, Taman Seri Kelemak, Alor Gajah, di sini, bagi menghadiri upacara pengkebumian mendiang seawal jam 8.30 pagi. Upacara keagamaan bermula jam 9.00 pagi dan mendiang Teoh dibawa dari Taman Seri Kelemak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih. Antara yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Khalid Jaafar, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Dato' Chua Jui Meng. Mereka kemudiannya berarak beramai-ramai dengan berjalan kaki sejauh satu km sambil membawa poster dan kain rentang yang antara lain berbunyi "jangan biarkan Beng Hock mati sia-sia" dan "Keadilan untuk Beng Hock, jawapan untuk rakyat" di mana kemudiannya mereka menyambung perarakan itu menggunakan kenderaan terus ke Semenyih Perarakan pengkebumian tersebut bermula jam 10.45 pagi dengan mengiringi kenderaan yang membawa keranda mendiang yang dihiasi ikatan kain merah sebagai tanda kematiannya secara mengejut, di samping itu turut sama dalam perarakan ialah beberapa persatuan dan pertubuhan Cina. Menurut Salahuddin Ayub, bahawa beliau hadir sebagai wakil daripada PAS bagi melahirkan rasa sedih terhadap tragedi yang menimpa keluarga Teoh dan kami mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku. "Saya harap keluarganya dapat menerima apa yang telah terjadi dan bersabar sehingga tertubuhnya nanti satu suruhanjaya bagi menyiasat kejadian tersebut dengan telus dan adil. "PAS merakamkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku ke atas Beng Hock dan apa yang penting kita mengharapkan satu siasatan yang berintegriti dari pihak terbabit supaya insiden seperti ini tidak berlaku lagi," kata beliau. Beliau turut melahirkan rasa dukacitanya terhadap pendekatan siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperlihatkan sikap pilih-kasih terhadap Adun-Adun Pakatan Rakyat dan ianya dilihat semacam dipergunakan Bn bagi mengambil-alih kerajaan negeri Pakatan Rakyat. "Sedangkan bagi saya isu yang lebih besar seperti pembinaan mahligai oleh mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo langsung tidak diberi perhatian oleh SPRM. "Kita mahu satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat insiden ini kerana ianya melibatkan kepentingan awam yang mahu melihat siasatan dijalankan secara telus dan adil tanpa campur-tangan pihak-pihak yang berkepentingan," ujarnya. - azm _ |
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Selasa, Julai 21, 2009
Suasana sedih iringi pengkebumian Beng Hock
Suasana sedih iringi pengkebumian Beng Hock
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI