Jumaat, Julai 03, 2009

Senjata pemusnah hanya temberang Saddam Hussein

Senjata pemusnah hanya temberang Saddam Hussein

WASHINGTON - Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein sengaja membiarkan dakwaan Barat bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD) kerana tidak mahu kelihatan lemah, demikian menurut laporan sulit Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

FBI menyatakan perkara itu dalam dokumen berhubung soal siasat bekas pemimpin berkenaan yang didedahkan kelmarin.

"Saddam percaya Iraq tidak boleh dilihat lemah oleh musuh-musuhnya terutama sekali Iran," kata ejen khas FBI, George Piro dalam dokumen itu selepas menyoal Saddam pada Jun 2004 berhubung simpanan WMD Iraq.

Saddam percaya Iraq diancam oleh negara-negara serantau dan perlu kelihatan berupaya mempertahankan dirinya, kata laporan tersebut.

"Beliau beranggapan, para pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membongkar sasaran-sasaran ketenteraan kepada Iran jika dibenarkan memasuki negaranya," menurut dokumen FBI yang didedahkan oleh, sebuah institut penyelidikan swasta, Arkib Keselamatan Negara.

Pemimpin Iraq itu melancarkan perang keatas Iran pada 1980 dan berlarutan hingga 1988 di mana sepanjang tempoh tersebut, Saddam dituduh menggunakan senjata kimia. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI