Isnin, Julai 06, 2009

Mendadak: 34 kes tempatan H1N1

Mendadak: 34 kes tempatan H1N1
Jul 6, 09 1:12pm
kemaskini 4.16pm Wabak selesema A (H1N1) meningkat luar biasa hari ini apabila mencatatkan rekod penularan tempatan tertinggi sebanyak 34 kes daripada 75 kes, menjadikan jumlah semuanya 434 kes.

peningkatan mingguan kes selsema babi h1n1 060709Pada 29 Jun lalu, negara merekodkan 22 kes tempatan dan 112 kes import menjadikan keseluruhannya, sejak kes pertama dikesan 15 Mei lalu, 144 kes.

Dengan perkembangan terbaru, jumlah keseluruhan kes tempatan kini 101 sejak pertama kali dikesan 17 Jun lalu, sementara kes import berjumlah 333 kes kesemuanya.

Jumlah besar kes tempatan ini susulan peningkatan perlahan-lahan sejak awal bulan ini. Semalam negara merekodkan 12 kes penularan tempatan, sementara kelmarin 11 kes.

Tiga hari pertama bulan ini mencatatkan jumlah 19 kes tempatan.

Sembilan daripada 34 kes jangkitan tempatan berlaku di kalangan peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik yang berlangsung di
Pulau Pinang pada 27 hingga 30 Jun lepas, lapor Bernama.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata daripada jumlah pengidap influenza A (H1N1), 343 orang telah sembuh, sementara 91
lagi masih dirawat di hospital.

"Jumlah yang telah sembuh ini adalah tinggi, meskipun berlaku peningkatan kes yang mendadak," beliau dilaporkan berkata.

Tambahnya, keseluruhan kontak yang sedang menjalani kuarantin berjumlah 1,016, namun tiada antara mereka yang mempunyai simptom H1N1.

Seramai empat pelajar SM Tsun Jin - ditutup seminggu hingga Jumaat lepas - yang sedang dikuarantin disahkan positif H1N1, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI