Isnin, Julai 20, 2009

Kematian Teoh, Banyak Keraguan Yang Timbul..

Kematian Teoh, Banyak Keraguan Yang Timbul..
Posted on Monday, July 20 @ 01:06:41 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: addin_77

"
Ribuan manusia berhimpun di Alor Gajah hari ini di atas pengkebumian Teoh Beng Hock, membawa bersama mereka sepanduk "Keadilan untuk Beng Hock, Jawapan untuk Rakyat".

Semasa upacara dijalankan, tunang Teoh, Soh Sher Wei, memanggil Teoh supaya kembali ke pangkuannya. Lelaki, perempuan, tua dan muda menitiskan air mata hari ini, begitu juga pimpinan Pakatan Rakyat.

Bermula seawal 9.45 pagi lagi, lebih 2,000 orang mengarak jenazah yang dihiaskan dengan ikatan merah, tanda kematian mengejut. Teoh ditemui maut kerana terjatuh dari tingkat 14 ibupejabat SPRM Selangor selepas disoal siasat hampir 10 jam. Setiap seorang hadirin memegang poster hitam-putih Teoh, yang memaparkan tulisan "Jangan Biarkan Beng Hock Mati Sia-Sia". Anwar Ibrahim yang turun memberi penghormatan terakhir menyeru kerajaan supaya tidak berdolak-dalik dan bertanggungjawab di atas kematian Teoh

Tindakan tegas mesti diambil dan pengerusi SPRM Tan Sri Abdul Aziz mesti bertanggungjawab sepenuhnya. Dalam kes ini di lihat perlanggaran peraturan, penderaaan rakyat, dimana SPRM diperalatkan oleh pemimpin UMNO BN. Kita harus ambil tindakan yang tegas. dan kes ini terlalu serius kerana melibatkan kematian, tidak termasuk kezaliman-kezaliman yang lain. Najib Razak harus bertanggungjawab di atas kejadian yang mencalarkan imej negara.

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia 4 atau 5 jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat SPRM Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar. Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui. Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Sebenarnya banyak keraguan yang timbul dalam kes kematian Teoh Beng Hock. Seperti telefon bimbit Teoh telah tiada semasa mayat itu dijumpai, pimpinan Pakatan Rakyat Selangor mempercayai telefon bimbit Teoh di simpan oleh pegawai SPRM. Namun pegawai SPRM menafikannya tapi hari ini sah telefon bimbit tersebut di simpan oleh pegawai SPRM. Apa tujuan mereka menyimpan telefon bimbit Teoh ? Timbul keraguan lagi ialah, kenape baju dan seluar Teoh koyak semasa mayat dijumpai ?
Adakah berlaku pergelutan sebelum Teoh terjatuh ? Dan pasti banyak lagi keraguan akan timbul selepas ini. Tuntutan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan satu suruhnjaya siasat bebas adalah perkara yang wajar supaya kes ini disiasat lebih adil dan telus supaya keutamaan "Rakyat Didahulukan".
http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI