Selasa, Julai 07, 2009

Ditembak kerana merogol budak

Ditembak kerana merogol budak


YAHIA (baju putih) dikawal oleh beberapa anggota polis sebelum dia ditembak mati di sebuah kawasan awam di Sanaa, Yemen semalam.



SANAA - Seorang lelaki Yemen ditembak mati oleh pasukan penembak di sebuah kawasan awam semalam selepas dia disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang budak lelaki pada tahun lalu.

Lelaki itu, Yahia al-Raghwa yang berumur 22 tahun didapati bersalah merogol dan membunuh Hamdi Abdullah berusia 11 tahun di kedai gunting miliknya di sini pada Disember lalu.

Dia ditembak mati oleh satu pasukan penembak di sebuah kawasan awam dengan disaksikan oleh ratusan orang termasuk keluarga pesalah itu.

Hukuman pesalah di Yemen dilakukan berdasarkan undang-undang syariah Islam. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI